Wednesday, March 14, 2012

Makan di Serai Cafe Tokong Ular, Penang

Kali ini jalan-jalan cari makan singgah di Serai Cafe berhadapan Tokong Ular, di Bayan Lepas Penang.
Ini bukan kali pertama kami kesini, kiranya dah banyak kali juga sebab banyak pilihan menu ada di sini iaitu western dan menu makanan Thai seperti tom yam dan sebagainya. Ada burger juga tauu.. Disamping itu ada pak cik yang jual sate di tepi kedai ini.So sementara tunggu hidangan sampai boleh lah mengunyah sate kan.. idak ler boring menunggu..harganya berpatutan, serta sedap. Dari segi kebersihan pula nmpak turut diberi perhatian oleh tuan kedai ini. Keseluruhannya rating aku berikan untuk kedai ini adalah 6/10. Jom kita tengok apa yang kami pesan.
Angah dengan nasi goreng pattaya

Menu juga diletakkan di dinding kedai.. senang nak tengok kan!

Favourite sleeping partner ni ialah lamb chop with black pepper souce ler..!

Nasi Goreng kampung, hidangannya agak banyak juga memang berbaloi lah.!

Chicken chop menjadi pilihan kakak kali ini.
okay lah.. jemput makan, nyam-nyam-nyam..

Monday, March 5, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah


Jalan-jalan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah.
Malasnya nak berceloteh layan je lah gambar2 yang ada ini yer.



Kalau ada yang berminat nak beli anggur memang ada dijual di kedai mereka disini, sepeket RM15.00, Segar dan ini lah yang dikatakan terbaikk dari ladang!

macam-macam ada jual berasaskan anggur, jem, kordial, jus dan sebagainya.
Adik di kaunter pembayaran, beli jus anggur

Harga tiket masuk ke ladang:
Dewasa RM3.00
Kanak-kanak (7-12 tahun ) RM1.50

Visitor Information

Managed By : Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Open daily : from 9.30 am to 6.30 pm



Contact

Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris)

Lot 264, Kampung Ternas

08200 Sik. Kedah Darul Aman

Tel : 604-4620466

H/P : 019-5667908

Fax : 604-4620611

Email : excel_agro@yahoo.com



Beris Lake Vineyard
The Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) is managed by Excel Agrotech Sdn. Bhd. and has a land area size of 34 acres. It is the first grape vineyard in Kedah, proven a big success in planting grapes species commercially such as Black Opal, Black grape, White Malaga and Loose Pelite. The vineyard also has been visited by the Royal Higness of Kedah, DYTM Raja Muda Kedah.