Tuesday, December 30, 2008

Green Fit

Lama sungguh tak menjengah rumahku di alam maya ni.Hingga dah berabuk dan bersawang merata-rata. Minta maaf bebanyak pada tetamu yang bertandang semasa ketiadaanku di rumah. Harap tu janganlah segan atau kecewa utk betandang lagi ke rumah ku ini.
Di kelewatan ni.. ewah bersastera la plak.. sebenarnya aku memang fail pasal bersastera ni.. almaklum lah dulu2 masa zaman sekolah memang tak suka sastera.. kebetulan plak aku di aliran sains tulen.. tpi ada gak sastera skit2 lam BM tu.. hmmm boleh la ..
Terbabas la plak.. kali ni nk cerita pasal bisnes ku ini. Actually dah lama mencebur kan diri dlm MLM ni. Cuma selalunya lah aku (bak kata (Nujum Pak Belalang)kadang-kadang.. aje aktif. Ok.. camtu maih ler kita tengok produk kali in iaitu GREEN FIT.
Yang mana GREEN FIT ni memang sesuai untuk golongan yang sembelit.. yang sukar buang air besar, erti kata lain yang seminggu sekli baru nk membuang.

GreenFit sesuai untuk mengatasi, :


Masalah sembelit dan kegemukan

Kencing manis dan sembelit

Kembung perut, perut berangin, tiada selera makan, susah buang air besar

Baru lepas bersalin, susah buang air besar

Tidak dapat buang air besar, usus membengkak

Najis yang berbiji-biji dan jarang buang air besar

Letih dan lenguh badan serta perut rasa sebu.

Migrain, sembelit, sesak nafas selepas makan dan selalu rasa mengantuk

SEMUA INI BOLEH DI ATASI DENGAN :




ANDA TIDAK AKAN MENGALAMI SAKIT PERUT DAN TIADA CIRIT BIRIT!





Green Gastrointestinal Environment, Pollution-Free!

Hijau kan saluran Gastro-usus, bebas daripada pencemaran!

Fungsi-fungsi Green Fit:

· Meningkatkan fungsi sistem pencernaan

· Meningkatkan tahap metabolisma tubuh

· Melembutkan najis, menggalakkan pergerakan usus

· Menggalakkan pembiakan bacteria baik dalam usus

· Mencegah dan membantu pemyembuhan ulser serta keradangan pada saluran gastro usus

· Mencegah dan membantu masalah sembelit serta buasir

· Mengawalatur berat badan

· Mencegah masalah obesity

· Mengurangkan risiko kanser usus besar dan payu dara

· Mengawal atur tahap kolestrol dan gula dalam darah

· Anti-pengoksidaan, mencantikkan kulit dan mengawet muda

CUMA RM75.00 sekotak, mengandungi 15 sachet. PERCUMA 1 biji shaker!.



Boleh cuba RM5.00 for 1 sachet.. TRY NOW TODAY!

Hubungi saya : melalui yahoo messenger : zaiazman

Atau sms 0134425090.

Monday, September 8, 2008

Bila balik kampung

maaf lah.. ini entries yang tertunggak sebenarnya. dah lama becadang nk update gambar dan cerita ni kat sini.. tapi selalu asyik lupa aje..


Kucing sedang sembunyi di bawah kereta,dia takut sebenarnya, tu la dia sembunyi di sini.. Angah berhajat nak bawa blik ke Penang



kucing dah keluar, tapi bersembunyi di bawah pokok kertas pulak, tak takut ke kena duri tuh... alahai kucing

Bunga yang terdapat di rumah abahku, tak tau apa namanya


yang ni aku tau, Bunga kantan!

Ayam peliharaan abah yang baru abah sembelih untuk di jadikan gulai ayam kampung oleh kami, banyak ayam abah .. satu reban.. setiap kali anak cucu balik dia msti sembelih nak bagi kami rasa ayam kampung.. tq abah.!


bunga lagi,, tpi mcm biasa tak tahu namanya

sama gak la ngan yg ni

lagi kucing ni...dia sembunyi lagi


Yang ni paling best sambal cicah dengan jambu susu.. tu ajer nama yang aku panggil dari aku kecik, ada ker nama len tuk jambu ni. huih sedap.. pecah air liur ni..drooling!

Memang seronok bila balik kampung.. bukan jauh dekat ajer.. lebih kurang 1 jam dari Penang. Keluar melalui Toll Jawi. Kali ni balik kampung abah sembelih ayam peliharaannya untuk kami. Kami buat gulai ayam kampung haritu.. abah memang macam ni, maklum lah dia sorang ja sejak arwah mak pergi pada Januari 1995. Abah terus membujang hinggalah sekarang. So kalau anak2 balik kampung mesti abah rai kan.. dan ini salah satu dari cara abah meraikan kepulangan kami..selalunya dalam sebulan lebih kurang 1-2 kali aku mesti balik bila ada kelapangan maklum lah anak2 dah sekolah..

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa-Salam Ramadhan Al Mubarak

Keistimewaan Ramadan



Kini bulan Ramadan yang mulia kembali menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah jika dilakukan dengan penuh kekhusyukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Inilah juga musim di mana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja kerana Ramadan ialah bulan limpahan ganjaran pahala dan penuh dengan kebaikan.

Inilah bulan di mana Allah pernah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi, juga sebagai garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadan, awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan bulan ini, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila tibanya Ramadan maka terbukalah pintu-pintu syurga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas dengan ‘pintu-pintu syurga dibuka’ pada bulan ini ialah kerana tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai galakan agar meningkatkan amalan.

‘Pintu-pintu neraka pula ditutup dan syaitan digari’ adalah kerana berkurangannya maksiat di kalangan orang yang beriman di bulan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Diberikan kepada umatku lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebih harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi, para Malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa, setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman: Sedikit masa lagi hamba-hamba-Ku yang soleh akan terlepas dari mereka beban dan kesakitan dan mereka akan menuju ke dalammu (syurga), para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain, kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan sehingga ke akhir malam. Ditanya kepada baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah apakah ia malam Lailatulqadar? Jawab baginda, “Tidak, tetapi orang yang beramal akan diganjari jika laksanakan amalannya”. (riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Berdasarkan hadis di atas antara keistimewaan yang diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah seperti berikut:

1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Perkataan khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi ia di sisi Allah sangat harum kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah.

Setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah, ia adalah sangat disukai-Nya. Seperti orang yang mati syahid, ia dikebumikan dengan kesan darah, kerana pada hari Kiamat kelak darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah.

2. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah SWT kerana mereka tidak pernah berbuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Mereka diberi tugas mendoakan kaum muslimin dari kalangan umat ini yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.

3. Allah SWT menghiasi syurga-Nya setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini.

Mereka juga akan dilepaskan daripada beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.

4. Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. Ini merupakan bantuan Allah kepada mereka di mana Ia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka.

Justeru ketika datangnya Ramadan akan timbullah keinginan beribadat yang tinggi.

5. Allah mengampuni orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat dan bermunajat kepada-Nya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.

Demikianlah ganjaran dan keistimewaan yang menanti mereka yang benar-benar menghayati amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudah kita termasuk di kalangan golongan yang menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan.

Inilah kelebihan yang dijanjikan kepada umat ini yang tiada pada umat yang terdahulu. Allah berfirman: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali-‘Imran: 110).

Macam-macam ada....



Almond Shortbread

Banana Muffin

Mee Goreng ku

Pulut Seri Muka Gula Merah


Milky Marble Cake





Marble Chocolate Cheese Cake


Selepas di curah ganache

Kek Coklat
Kek sebelum di curah kan ganache


Raya tahun ni Biskut Almond Shortbread ni termasuk dalam senarai baru biskut raya jualan ku selain dari Almond London dan kue bangkit P.teh ku.Senang rupanya buat shortbread ni.

Menu tengahari yang malas


Sambal tempoyak cili padi, ikan goreng, ulam bendi untuk I and encik husband dan masak kicap ayam untuk anak-anak. Selalu tu cuti-cuti masak untuk lunch jer. Petang kalau dah keluar ronda-ronda ke shopping ker alamat dinner kat luar je. Tu pasal masak lebih kurang ajer. Nanti x habis membazir plak.

IKEA




Pergi Ikea beli periuk 3 in 1 dan kuali ni. Tak silap harga dia RM39.90 kut lupa la. Kuali tu tak rasmi lagi macam sayang pulak nk guna padahal bukan nya mahal pun.Ekeke.

Brownies.. mai.. mai makan brownies

Buat brownies ni untuk makan-makan ajer.Dan ada kawan minta sample.. so saja-saja aje buat.

Dalam container

Dah siap letak dalam pinggan

masih panas dalam loyang cutter baru keluar oven

Dalam individual casing

Cuti-cuti Kelantan


Tengok orang main wau

Kedai ni jual peralatan baju uniform, tengok ler tu Afiq sempat lagi berposing

Salah satu kedai menjual game

Dihadapan kedai jual pinggan-mangkuk di Rantau Panjang


pasar Siti Khadijah.

beli keropok..

Keropok keping, serunding, budu, mace-mace ada

Afiq & Angah bersama ayah sedang memilih mana satu wau/layang-layang yang berkenan dihati

Tuesday, August 26, 2008

Durian ooh durian





King of the fruits.
Durian.. oooh durian. Lirik lagu Mr. Os.
-oh kome dughian udah bunge
-maghi kiter meminang anak daghe
-anak daghe, anak daghe Bote.
-teman jumpe di .. (opps lupa lirik.. Jangan Lupa Lirik)ekeke
Durian, musim durian datang lagi, yang ni durian dari Penang noo. nak habaq mai,
durian ni selain dari makan begitu ajer boleh buat macam2. sama macam pisang gak, buat jemput2 durian pun boleh, serawa durian, pulut durian lempuk durian. etc..etc.
kali ini aku buat jemput-jemput durian.Taraa...
Durian ni memang favourite aku, masih ku ingat lagi masa tu pregnant kat kakak ler. aku sanggup pusing keliling cari durian, time tu belum banyak lagi buah nya, baru nk bermusim kata orang. mahal pun mahal lah, janji dpat makan durian. at last bila kakak besar dia pun suka durian sama macam aku gak. ekeke.

Lepat Pisang and Jemput-Jemput Pisang

Going bananas.
Kalau balik kampung abah mesti tak lupa bekalkan aku dengan pisang.
Kat belakang rumah aku memang banyak pokok pisang. Dulu-dulu masa aku sekolah rendah aku selalu tolong arwah emak jual daun pisang.. kepada mak cik yg jual nasi lemak tu.
ekeke..memang banyak.Yang ni pisang awak namanya dalam nya kadang2 tu ada biji yang sebesar lada itam tu. Aku sengaja buat jemput-jemput pisang and lepat pisang. sebab Angah dia x makan lepat pisang. Kakak and adik semua belasah. Janji sedap. Oleh kerana pisang banyak and FREE pulak tu aku suka lebih kan pisang.. buat jer sedap2 kan.. seniri bikin. Aku letak sedikit inti kelapa, baru la kick. Oh ya.. segala2 nya seperti pisang, daun pisang and kelapa di import dari kampung ku aka rumah abah ku. ekekeke. so modal aku hanya gas, tepung and sedikit gula dan garam.

Jemput2 pisang ni senang ajer. ada juga orang panggil cucuq kodok itu kat area Utara noo..yang ni pun aku lebih kan pisang.. almaklum ler pisang banyak... ekekeke.


Nasi Goreng Anak-anakku and Pulut Seri Muka

Nasi Goreng ni macam biasa ajer.
Takde resipi istimewa, cuma letak sosej yg dipotong bulat, telur dipecahkan ke dalam nasi, sedikit lada sulah, and sos tiram, tumis with sedikit minyak bawang putih, bawang merah and kicap..




Actually kuih serimuka ni memang favourite anak-anak especially Kakak and Angah, Kakak suka perasa pandan warna hijau lah tapi kalau Angah dia memang suka yg letak gula merah tu so nampak kaler dia koko jer..
kali ni buat yg pandan punya. Nanti buat yang Angah punya pulak letak gula melaka ada juga orang panggil gula merah walaupun kalernya bukan merah. Resipi pulak ambil dari fotopages mamafami. Dulu2 masa aku kecik2 Opah aku memang buat jual kuih ni. tapi tu la lupa nak menuntut ilmu. kat bawah ni ada resipinya copy paste dari fotopages mamafami ajer. Ini ajer yang tinggal, dah dibelasah oleh kaum. ekekeke.
http://mamafami.fotopages.com Thanks, mamafami...

KUIH SERIMUKA

Ingredients :

Bottom layer

600 g glutinous rice ~ washed and soak overnight- soak for 1/2 day only
2 cups thick coconut milk
1 cup thin coconut milk
pandan leaves (can be substitute with pandan paste)
1 teaspoon salt

Top layer :

5 whole eggs ~ lightly beaten- I used 3 whole eggs
300 g sugar
3 tablespoons wheat flour
pandan juice (from 10 pandan leaves) - can be substitute with pandan paste
2 cups thick coconut
A 24 cm sized tray

Method :

1. Drain the glutinous rice. Add in the coconut milk and pandan leaves to the glutinous rice and pour them into the tray.
2. Steam for 20 minutes. Remove tray from steamer and use a fork to stir the rice. Steam again for another 10 minutes.
3. While waiting for the rice, mix all the ingredients for the top layer. I used a whisker to do this. Another option is, you can just place everything in a blender and blend them together.
4. Remove the tray from the steamer and press the cooked rice with the back of a spoon to level it. Stim for another 5 minutes.
5. Remove the tray from the steamer and pour the top layer mixture on top.
6. Steam for 30 minutes.
7. Leave to cool before cutting.

**Tips from Kak Liza : http://hanieliza.fotopages.com
1. Lined the tray with a piece of heat resistance plastic so that it'll be easier to remove the kuih once cooled.
2. Cut the kuih only when it is cooled.
3. Use a plastic knife to cut.
Thank you very much Kak Liza for all the useful tips that you've given us.

Thursday, August 21, 2008

My new Cornel CEO 33L


Afiq posed with wig. So cute ( i thing la ekeke.)look at him, luckily he managed to cover his teeth..yang rongak itu..Afiq tried to control his smile.


Kakak also didnt want to miss experience wearing a wig too.


Yahoooo... Last week i went to Jusco and grabbed this gadget. A New Cornel CEO 33l Electronic Oven. Hemmm,.. quite bigger and more function than my old gadget. Of course la.. because the old oven is less function and smaller than this. Only RM369 with grill function etc. How Cute it is my new baby. I already packed my old gadget into box.ekekeke.