Going bananas.
Kalau balik kampung abah mesti tak lupa bekalkan aku dengan pisang.
Kat belakang rumah aku memang banyak pokok pisang. Dulu-dulu masa aku sekolah rendah aku selalu tolong arwah emak jual daun pisang.. kepada mak cik yg jual nasi lemak tu.
ekeke..memang banyak.Yang ni pisang awak namanya dalam nya kadang2 tu ada biji yang sebesar lada itam tu. Aku sengaja buat jemput-jemput pisang and lepat pisang. sebab Angah dia x makan lepat pisang. Kakak and adik semua belasah. Janji sedap. Oleh kerana pisang banyak and FREE pulak tu aku suka lebih kan pisang.. buat jer sedap2 kan.. seniri bikin. Aku letak sedikit inti kelapa, baru la kick. Oh ya.. segala2 nya seperti pisang, daun pisang and kelapa di import dari kampung ku aka rumah abah ku. ekekeke. so modal aku hanya gas, tepung and sedikit gula dan garam.
Jemput2 pisang ni senang ajer. ada juga orang panggil cucuq kodok itu kat area Utara noo..yang ni pun aku lebih kan pisang.. almaklum ler pisang banyak... ekekeke.
No comments:
Post a Comment