Meriah.. memang meriah almaklumlah ini adalah kenduri kawen anak kesayangan aka anak bongsu ayahandaku, aka abah. Cerita bermula dgan kenduri di pihak perempuan di Kuantan dan bersambung di rumah abahku di Perak.
Kendurinya di Kuantan pada 27/9/2009. ha ha ha seperti biasa kelewatan menghantar berita dari wartawan persendirian alam cyber yg malas macam aku ni. Aduh..Janji ada masuk blog.. ekekek. jangan marah yer..
Perjalanan agak jauh juga, kami bermula kira2 jam 7.00 pagi dari rumah abahku di Perak. Kami bertolak bersama 5 biji kereta. Sampai Kuantan kira-kira 4.00 petang. Kami berehat di rumah yang telah di sewa oleh acu ayen entah ler aku pun dah lupa nama tempat tu tapi memang dekat jer dengan town area. Ok juga Kuantan, first time aku sampai Kuantan nih.
Rumah pengantin perempuan dekat dengan laut, nama tempat tu Pantai Sepat. Ok.. memang cantik..walaupun kat Penang hari-hari tengok laut, tempat kerja plak sebelah laut tapi laut kat Kuantan ni kan tak sama dengan laut Penang.
gambar beramai-ramai selepas selesai akad nikah, aah.. lupa nk cerita akad nikah ni malam tu yang semua mata layu jer.. ni pun gambar selepas dinner.Tu pun ada yang dok makan lagi korum tak cukup la. Tengok Pak Lang tu (adik abahku) dah tangkap lentok, hai Pak Lang terlebih makan ker.. ekekeke
acu sapinah cium tangan tanda batal wuduk
acu pulak cium dahi sapinah lepas sarung cincin
acu sedang akad nikah, wah ada plak yang sedang rakam ni kes tak bawa camera, fuh.. masuk face book ni. ekekeke
air laut sedang surut time ni tengah tunggu pengantin lelaki bersiap
acu sedang dengar taklimat dari Tuan Kadhi
membatal air wuduk
nak bagi mas kawen plak
mas kawen dalam botol dihias serba hijau ni tema pihak perempuan.
ada lagi nih.. panjang episod cinta Acu ni... tunggu yer...
to be continued..........................
Monday, November 16, 2009
Saturday, November 7, 2009
Aidil Fitri 2009
Salam Aidil Fitri 2009.
Ha ha ha... memang keterlaluan sungguh. Raya haji dah nak datang, raya deepavali dah terlepas.. tapi aku baru nak update kisah hari raya posa. Biarlah apa pun biar lambat sekali mana pun walau lambat dari tiada. Apa-apa pun aku nak update gak cerita raya ni.
ekekeke.
Nak cerita gak, raya pertama kali ni kami beraya di rumah abahku di Perak.
Kerana husband tercinta bertugas hanya start bercuti pada hari raya kedua ni.
So raya kedua ni baru kami akan balik ke Kluang, Johor.
ye, tahun ni tema kami adalah biru,.blue.. blue my love is blue.ekeke.
Anak-anakku bersama sepupu mereka
Anak daraku Nabilah aka kakak
3 dara sunti pingitan, kakak bersama anak dara abangku
Hero kecilku Afiq aka adik.
anak-beranak-cucu, ekeke atok, anak, dan cucu bergambar sebelum btolak balik ke Perak
antara biskut rayaku tahun ini adalah tart nenas
resipinya nanti yer.
chocolate chip dalam balang
chocolate chip, tahun depan boleh ler order yer.
memang sedap dan rangup walaupun rupamu hitam tetapi rasamu menawan ekeke
tak percaya cubalah.

Sunday, May 17, 2009
Selamat Pengantin Baru- Iza & Dani
Tahniah.. iza
Tanggal 1/5/09 sempena cuti hari buruh yang lalu teman sekerja ku telah pun melangsungkan perkahwinannya bersama pujaan hatinya itu. Majlis akad nikah mereka berlangsung di masjid Sungai Batu, manakala majlis kenduri pula diadakan di Dewan Perda Teluk Kumbar pada 3/5/09.
Aku bersama-sama teman sekerja sempat menghadirkan diri di majlis yang bersejarah buat iza itu.
Macam-macam juadah ada disediakan, antaranya; laksa penang, tapai pulut, kuih lompang, bihun singapore, bubur kacang and main dish nya ialah nasi minyak la.
Tak lupa pencuci mulutnya ialah ais krim dan gift untuk tetamu sudah pasti coklat tobletron sorang satu ekeke.. ada gak bunga telur and telur didlam sarung nylon tu. apapun dah selamat dah kawan ku ni.. now you can join our club dah.. ekeke.
Tahniah iza.. .. terkejut tergempar hang nooo.

Monday, April 13, 2009
Minuman bercoklat Ecocoa
Menambah ceria pada setiap langkah anda
ECocoa adalah minuman koko. Formula minuman ini diperkuatkan dengan multi-mineral dan L-Arginine. Koko merupakan sejenis minuman yang amat berkhasiat. ECocoa diperbuat daripada formula istimewa yang akan memastikan anda sentiasa kuat dan aktif dalam menghadapi tekanan kehidupan semasa yang sibuk.
Kandungan :
Gula, Serbuk Koko, Serbuk Extrak Malt, Tricalcium Fosfat, Campuran Multi-Mineral, (Kalsium, Magnesium, Zink, Besi, Sodium, Kuprum, Potasium, Selenium, Iodin), L-Arginine, Krimmer Bukan-Susu.
Cara Hidangan :
- Satu paket untuk secawan air panas (lebih kurang 160 ml).

- Simpan di tempat yang dingin dan kering, jauhi daripada sinaran matahari.
Keistimewaan :
1. Diperkaya dengan multi-mineral
Badan kita memerlukan pelbagai mineral supaya ia berfungsi secara optima.
ECocoa mengandungi kandungan mineral yang betul untuk keperluan harian.
2. Ditambah dengan L-Arginine
L-Arginine merupakan sejenis amino acid yang penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak atau tercedera.
Ia bantu membersihkan pundi kencing.
Ia mempunyai nilai antioxidant yang berupaya mengurangkan risiko barah.
3. Kebaikan semulajadi koko
Koko mempunyai kandungan tiga kali lebih antioxidant daripada teh.
Koko adalah kaya dengan flavanol yang menggalakkan peredaran darah baik.
Komponen polyfenol dalam koko mengurangkan tekanan darah secara semulajadi.
4. Mudah dibawa dan pembungkusan berkualiti
Setiap hidangan dipek secara individu
Pembungkusan kedap udara dan kelembapan
Harga sekotak : RM19.00 / 16 sachet
Sunday, April 12, 2009
Jom Makan RFC-Radix Fried Chicken
Sempena cuti peristiwa (2 weeks ago)kat sekolah anak hari isnin yang lalu, sabtu sukan.. so isnin cuti ler sehari, me and hubby bawa anak2 jalan2 ke Sungai Petani. Saja jer nak belanja anak2 makan ayam RFC. Tentulah yang tengah famous sekarang ni.. Radix Fried Chicken,(Mai secawan!!). Al maklumlah, jarang2 ke SP sesat ler sekejap. Memang agak lapar betul, sampai tak sempai nak snap apa2 gambar pun,yang ada pun gambar selepas kenyang. Tengok aje foto2 dari laman web HPA ni aje yer.
Komen saya, alhamdulillah, kenyang. Itu jer lah. Kalau nak cuba pegi la sendiri senang. Ye lah,, tekak kita semua dah lama rasa KFC kan, sekali sekala cubalah rasa RFC. Tapi komen anak2.. "sedap lah ummi, nanti kita datang lagi." wakakaka..
Bawah ni adalah foto2 dari laman web HPA. Copy paste jap. Untuk yang nak tahu menunya.
Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah layari laman web ni milik HPA. Me bukan ahli atau sapa2 pun kat dlm organisasi ni.. saja2 je.. nak beri sokongan pada produk orang kita untuk kita2 aje.. ekeke..
http://www.duniaherbahpa.com/
Ini aje foto2 yang sempat snap selepas kenyang. Burrrp...
hubby jadi model kejap, baru lepas makan.
dah kenyang boleh ler main
haziq di depan pintu masuk, nak balik dah ni.
afiq n haziq
Atam, Anjang, Acik, kalau nak pergi RFC jangan lupa singgah ajak kami, :)

Wednesday, April 1, 2009
Cerita suka dan duka
Semua orang tak suka dengar cerita sedih, tak suka terima berita sedih. Tapi inilah lumrah kehidupan. Sedih me bila dapat tahu salah seorang rakan sekerja me telah diagnosed by lung cancer. Selalu juga me bergurau dengan si dia ni. Kadang2 tu agak keterlaluan juga, namun dia tidak pernah berkecil hati. Mungkin itu di mata kasar me dalam hatinya siapa lah yang tahu. Itu pun secara kebtulan saja dia dapat tahu. Cerita sebenarnya bermula ketika dia pergi mendapatkan rawatan hernia. Doktor suspek ada kanser, dari situlah episod sedih ini bermula. Bila pemeriksaan lanjut di jalankan memang confirm betul. Sekarang ni dia sedang menjalani rawatan kimoterapi di GH. Ketika kami datang melawatnya di GH, tenang aje masih sempat bergurau, dia memang kuat semangat. Si dia ni walaupun umurnya tak ler berapa muda tetapi masih bujang.
Kita tutup buat sementara waktu cerita sedih ni.
Sekarang ni kita buka cerita me and famili during me clear my leave. Mula-mula cerita kita pasal pergi picnic dekat Pulau Betong Balik Pulau. Kami keluar rumah selepas solat zohor. Bawalah segala mak nenek bekalan tu, ada nasi putih, sambal tumis udang, ayam masak kicap, sambal belacan ikan goreng and of course ulam-ulaman. Beserta.. air sirap and air sarsi. Tak lupa juga pencuci mulut iaitu agar-agar bodo.. ekeke me call it agar-agar bodo pasal tak letak apa-apa pun just gula n pewarna rose.. kata my hubby orang johor panggil lengkong.ekekekeke.
Jauh la plak rasa nya.. anak-anak dah bising, masing-masing dah kelaparan. Aduh, sampai dah,.. ramai la plak orang memancing.. situ sebenarnya boleh memancing btol2 di sebelah Kem LPKN.. Cari pot lak susah.. kalau boleh tak mau dekat2 orang lain tak best kata anak2 me.. and kata me juga. Dapat jer pot yang sesuai apa lagi kibar tikar segala tikar buka periuk la.. habis seperiuk nasi baru teringat tak shoot foto bekalan tu.. adei la.. nak buat camna kelaparan tahap maksimum maklum lah time tu betol2 dah 230 petang,kiranya bukan lunch dah tu.
Kem Bina negara PLKN
Hubby apalagi dah kenyang mulalah menghayun batang pancing nya itu. Haziq pun dah tak sabar dari tadi lagi nak berentap dengan ayah dia. Banyak spesis ikan kerapu di sini.. malangnya haritu kami asyik dapat anak ikan kerapu kesian tengok jadi kami lepas kan aje. Tak sempat nak shoot foto pasai terik sangat matahari atas kepala.
Yang ni plak tak tau la ikan apa ke nama nya.
Dari Pulau Betong kami terus ke Taman Negara P.Pinang. Bukan apa saja nak tengok tempat tu belum pernah sampai lagi ni. Kejap jer pun kat situ sebab hari dah beransur petang, lagi pun awan mendong berarak laju jer. Kononnya kami nak tengok matahari terbenam, tapi tak kesampaian, hubby dah ajak balik.Lain kali lah katanya.
Ini jer gambar di hadapan entrance. Anak2 nak tengok penyu, menurut kata guard kat entrance ni kena jalan kaki jauh juga agak2 dlm 2 jam kalau slow tpi kalau laju kurang skit dari 2 jam tu kalau nak cepat naik ajer bot.. tempat penyu ni terletak dekat muka head berhampiran pusat kaji selidik USM di situ. Lain kali aje kalau datang nak memancing, naik bot tengok penyu and matahari jatuh. Masa kami sampai kaunter pun dah tutup. Cuma ada satu mini market milik PUZ.

Thursday, March 26, 2009
Coklat cake lagi...
bila sehari di dapur...
Aduh... lamanya me tak update ruang suka-suka hati me ni.. dah lah hambar layout dan susun aturnya bertambah hilang serinya bila bersawang sana sini dan sinun.
Ni lak projek kerajinan me di dapur. Adalah sorang dua hamba Allah yang ingin merasa coklat kek me ini. Ini hasil hasil yang tak seberapa dan terlalu kerastangan ni.
tetapi.. rasanya mantop.. ye tak caya cubalah tengok jer dah terliur kan..
Entah ler tak tahu kenapa sejak dua menjak ni( tapi rasanya selalu kut) malas sangat nak mengupdate ruang suka-suka hati me ini.. macam-macam rasa dok ada, malas, segan, tapi banyak ke malas ler.. tak mengapa biar apa pun tetap akan me kemas satu persatu, slow and steady.
kek coklat moist with coklat ganache
marble coklat cheese cake with coklat ganache
coklat moist cake lagi
coklat cupcake drizzle with white coklat and coklat chip
coklat cupcake drizzle with white coklat and sugar love

Thursday, January 15, 2009
My Kitchen skill
hmmm.. tak berapa pandai sebenarnya, tapi aku suka mencuba ada la 2-3 orang yg dok rasa yang setia meng'order' kek kegemaran aku ni... Sebenarnya dah banyak kali aku buat Marble Coklat Cheese Cake ni, resipi asal ambil dari Roylazim, yang popular merata-rata dalam group.net tq, cik Roylazim!semoga murah rezeki, dah banyak saya jual kek ni, sedap. Tiap2 kali balik kampung memang akan ku buat buah tangan. Dengan campuran cheese dan kek coklat memang mengamcam peminat kek coklat n cheese ni. Dalam posting yang lepas-lepas pun ada kek ni. Peminat setia kek ni adalah Cik Melor, my sister's housemate. Katanya, kek ni kegemaran ibu Melor di KL. So Melor order pun sebab nak bawa sebagai buah tangan pulang ke KL nanti. Kali ni Melor nak 1 bertopping coklat yang agak cair skit, dan 1 lagi dia biar kosong without topping. Jom jamu mata yer.
Without topping
With topping
Plain cheesecake
yang ni saja2 jer buat sebab ada lebih 1 ketul cheese, so aku saje jer letak topping yang dah nak pekat tu skit, untuk makan2 jer ni. basenya aku guna biskut Tiger. Simple aje resipi nya. Ini pun ambil dari group.net gak. Tak cantik sebab aku cover keliling loyang dengan tracing paper sebab aku guna loyang biasa, kononnya pada diriku senang nak bagi kluar kek tu nanti.
Cup Cake Puan Sri
Resipi ni ambil dari FP mamafami http://mamafami.fotopages.com
with coklat topping
CUPCAKES PUANSRI - copy paste dari http://mamafami.fotopages.com
Ingredients :
200 g butter (I used margarine)
180 g castor sugar (I adjusted to 160 g)
3 tablespoon custard powder
220 g self-raising flour
4 eggs
Method :
Mix all the above ingredients together and beat till creamy. Spoon into the prepared muffin trays lined with papercups. Bake in a preheated oven 175C for 20 - 25 minutes or until skewer inserted into the centre of the cupcake comes out clean.
My method :
1. Sift flour and custard powder.
2. Beat butter and sugar till creamy.
3. Put in eggs, one at a time and continue beating.
4. Add in a teaspoon of vanilla.
5. Fold in the sifted flour.
6. Spoon into the prepared muffin trays lined with papercups.
7. Bake in a preheated oven 175C for 20 - 25 minutes or until skewer inserted into the centre of the cupcake comes out clean.
Yang ni plak coklat cup cake
kek ni mengikut resipi kena kukus, tapi aku bakar ajer, sebab rasa lebih mudah dan senang.
Resipinya Kek Coklat Kukus Zaima.
Nanti aku paste resipinya

Subscribe to:
Posts (Atom)