Wednesday, April 1, 2009

Cerita suka dan duka

Semua orang tak suka dengar cerita sedih, tak suka terima berita sedih. Tapi inilah lumrah kehidupan. Sedih me bila dapat tahu salah seorang rakan sekerja me telah diagnosed by lung cancer. Selalu juga me bergurau dengan si dia ni. Kadang2 tu agak keterlaluan juga, namun dia tidak pernah berkecil hati. Mungkin itu di mata kasar me dalam hatinya siapa lah yang tahu. Itu pun secara kebtulan saja dia dapat tahu. Cerita sebenarnya bermula ketika dia pergi mendapatkan rawatan hernia. Doktor suspek ada kanser, dari situlah episod sedih ini bermula. Bila pemeriksaan lanjut di jalankan memang confirm betul. Sekarang ni dia sedang menjalani rawatan kimoterapi di GH. Ketika kami datang melawatnya di GH, tenang aje masih sempat bergurau, dia memang kuat semangat. Si dia ni walaupun umurnya tak ler berapa muda tetapi masih bujang.

Kita tutup buat sementara waktu cerita sedih ni.
Sekarang ni kita buka cerita me and famili during me clear my leave. Mula-mula cerita kita pasal pergi picnic dekat Pulau Betong Balik Pulau. Kami keluar rumah selepas solat zohor. Bawalah segala mak nenek bekalan tu, ada nasi putih, sambal tumis udang, ayam masak kicap, sambal belacan ikan goreng and of course ulam-ulaman. Beserta.. air sirap and air sarsi. Tak lupa juga pencuci mulut iaitu agar-agar bodo.. ekeke me call it agar-agar bodo pasal tak letak apa-apa pun just gula n pewarna rose.. kata my hubby orang johor panggil lengkong.ekekekeke.

Jauh la plak rasa nya.. anak-anak dah bising, masing-masing dah kelaparan. Aduh, sampai dah,.. ramai la plak orang memancing.. situ sebenarnya boleh memancing btol2 di sebelah Kem LPKN.. Cari pot lak susah.. kalau boleh tak mau dekat2 orang lain tak best kata anak2 me.. and kata me juga. Dapat jer pot yang sesuai apa lagi kibar tikar segala tikar buka periuk la.. habis seperiuk nasi baru teringat tak shoot foto bekalan tu.. adei la.. nak buat camna kelaparan tahap maksimum maklum lah time tu betol2 dah 230 petang,kiranya bukan lunch dah tu.

Kem Bina negara PLKN



Hubby apalagi dah kenyang mulalah menghayun batang pancing nya itu. Haziq pun dah tak sabar dari tadi lagi nak berentap dengan ayah dia. Banyak spesis ikan kerapu di sini.. malangnya haritu kami asyik dapat anak ikan kerapu kesian tengok jadi kami lepas kan aje. Tak sempat nak shoot foto pasai terik sangat matahari atas kepala.
Yang ni plak tak tau la ikan apa ke nama nya.










Dari Pulau Betong kami terus ke Taman Negara P.Pinang. Bukan apa saja nak tengok tempat tu belum pernah sampai lagi ni. Kejap jer pun kat situ sebab hari dah beransur petang, lagi pun awan mendong berarak laju jer. Kononnya kami nak tengok matahari terbenam, tapi tak kesampaian, hubby dah ajak balik.Lain kali lah katanya.
Ini jer gambar di hadapan entrance. Anak2 nak tengok penyu, menurut kata guard kat entrance ni kena jalan kaki jauh juga agak2 dlm 2 jam kalau slow tpi kalau laju kurang skit dari 2 jam tu kalau nak cepat naik ajer bot.. tempat penyu ni terletak dekat muka head berhampiran pusat kaji selidik USM di situ. Lain kali aje kalau datang nak memancing, naik bot tengok penyu and matahari jatuh. Masa kami sampai kaunter pun dah tutup. Cuma ada satu mini market milik PUZ.


No comments: