Monday, April 13, 2009

Minuman bercoklat Ecocoa



Menambah ceria pada setiap langkah anda
ECocoa adalah minuman koko. Formula minuman ini diperkuatkan dengan multi-mineral dan L-Arginine. Koko merupakan sejenis minuman yang amat berkhasiat. ECocoa diperbuat daripada formula istimewa yang akan memastikan anda sentiasa kuat dan aktif dalam menghadapi tekanan kehidupan semasa yang sibuk.

Kandungan :
Gula, Serbuk Koko, Serbuk Extrak Malt, Tricalcium Fosfat, Campuran Multi-Mineral, (Kalsium, Magnesium, Zink, Besi, Sodium, Kuprum, Potasium, Selenium, Iodin), L-Arginine, Krimmer Bukan-Susu.
Cara Hidangan :
- Satu paket untuk secawan air panas (lebih kurang 160 ml).
- Satu paket untuk secawan air panas (lebih kurang 160 ml).
- Simpan di tempat yang dingin dan kering, jauhi daripada sinaran matahari.


Keistimewaan :
1. Diperkaya dengan multi-mineral
Badan kita memerlukan pelbagai mineral supaya ia berfungsi secara optima.
ECocoa mengandungi kandungan mineral yang betul untuk keperluan harian.
2. Ditambah dengan L-Arginine
L-Arginine merupakan sejenis amino acid yang penting untuk memulihkan sel-sel badan yang rosak atau tercedera.
Ia bantu membersihkan pundi kencing.
Ia mempunyai nilai antioxidant yang berupaya mengurangkan risiko barah.
3. Kebaikan semulajadi koko
Koko mempunyai kandungan tiga kali lebih antioxidant daripada teh.
Koko adalah kaya dengan flavanol yang menggalakkan peredaran darah baik.
Komponen polyfenol dalam koko mengurangkan tekanan darah secara semulajadi.
4. Mudah dibawa dan pembungkusan berkualiti
Setiap hidangan dipek secara individu
Pembungkusan kedap udara dan kelembapan

Harga sekotak : RM19.00 / 16 sachet

Sunday, April 12, 2009

Jom Makan RFC-Radix Fried Chicken

Sempena cuti peristiwa (2 weeks ago)kat sekolah anak hari isnin yang lalu, sabtu sukan.. so isnin cuti ler sehari, me and hubby bawa anak2 jalan2 ke Sungai Petani. Saja jer nak belanja anak2 makan ayam RFC. Tentulah yang tengah famous sekarang ni.. Radix Fried Chicken,(Mai secawan!!). Al maklumlah, jarang2 ke SP sesat ler sekejap. Memang agak lapar betul, sampai tak sempai nak snap apa2 gambar pun,yang ada pun gambar selepas kenyang. Tengok aje foto2 dari laman web HPA ni aje yer.
Komen saya, alhamdulillah, kenyang. Itu jer lah. Kalau nak cuba pegi la sendiri senang. Ye lah,, tekak kita semua dah lama rasa KFC kan, sekali sekala cubalah rasa RFC. Tapi komen anak2.. "sedap lah ummi, nanti kita datang lagi." wakakaka..

Bawah ni adalah foto2 dari laman web HPA. Copy paste jap. Untuk yang nak tahu menunya.



Untuk keterangan lebih lanjut bolehlah layari laman web ni milik HPA. Me bukan ahli atau sapa2 pun kat dlm organisasi ni.. saja2 je.. nak beri sokongan pada produk orang kita untuk kita2 aje.. ekeke..

http://www.duniaherbahpa.com/

Ini aje foto2 yang sempat snap selepas kenyang. Burrrp...

hubby jadi model kejap, baru lepas makan.


dah kenyang boleh ler main


haziq di depan pintu masuk, nak balik dah ni.


afiq n haziq



Atam, Anjang, Acik, kalau nak pergi RFC jangan lupa singgah ajak kami, :)

Wednesday, April 1, 2009

Cerita suka dan duka

Semua orang tak suka dengar cerita sedih, tak suka terima berita sedih. Tapi inilah lumrah kehidupan. Sedih me bila dapat tahu salah seorang rakan sekerja me telah diagnosed by lung cancer. Selalu juga me bergurau dengan si dia ni. Kadang2 tu agak keterlaluan juga, namun dia tidak pernah berkecil hati. Mungkin itu di mata kasar me dalam hatinya siapa lah yang tahu. Itu pun secara kebtulan saja dia dapat tahu. Cerita sebenarnya bermula ketika dia pergi mendapatkan rawatan hernia. Doktor suspek ada kanser, dari situlah episod sedih ini bermula. Bila pemeriksaan lanjut di jalankan memang confirm betul. Sekarang ni dia sedang menjalani rawatan kimoterapi di GH. Ketika kami datang melawatnya di GH, tenang aje masih sempat bergurau, dia memang kuat semangat. Si dia ni walaupun umurnya tak ler berapa muda tetapi masih bujang.

Kita tutup buat sementara waktu cerita sedih ni.
Sekarang ni kita buka cerita me and famili during me clear my leave. Mula-mula cerita kita pasal pergi picnic dekat Pulau Betong Balik Pulau. Kami keluar rumah selepas solat zohor. Bawalah segala mak nenek bekalan tu, ada nasi putih, sambal tumis udang, ayam masak kicap, sambal belacan ikan goreng and of course ulam-ulaman. Beserta.. air sirap and air sarsi. Tak lupa juga pencuci mulut iaitu agar-agar bodo.. ekeke me call it agar-agar bodo pasal tak letak apa-apa pun just gula n pewarna rose.. kata my hubby orang johor panggil lengkong.ekekekeke.

Jauh la plak rasa nya.. anak-anak dah bising, masing-masing dah kelaparan. Aduh, sampai dah,.. ramai la plak orang memancing.. situ sebenarnya boleh memancing btol2 di sebelah Kem LPKN.. Cari pot lak susah.. kalau boleh tak mau dekat2 orang lain tak best kata anak2 me.. and kata me juga. Dapat jer pot yang sesuai apa lagi kibar tikar segala tikar buka periuk la.. habis seperiuk nasi baru teringat tak shoot foto bekalan tu.. adei la.. nak buat camna kelaparan tahap maksimum maklum lah time tu betol2 dah 230 petang,kiranya bukan lunch dah tu.

Kem Bina negara PLKN



Hubby apalagi dah kenyang mulalah menghayun batang pancing nya itu. Haziq pun dah tak sabar dari tadi lagi nak berentap dengan ayah dia. Banyak spesis ikan kerapu di sini.. malangnya haritu kami asyik dapat anak ikan kerapu kesian tengok jadi kami lepas kan aje. Tak sempat nak shoot foto pasai terik sangat matahari atas kepala.
Yang ni plak tak tau la ikan apa ke nama nya.










Dari Pulau Betong kami terus ke Taman Negara P.Pinang. Bukan apa saja nak tengok tempat tu belum pernah sampai lagi ni. Kejap jer pun kat situ sebab hari dah beransur petang, lagi pun awan mendong berarak laju jer. Kononnya kami nak tengok matahari terbenam, tapi tak kesampaian, hubby dah ajak balik.Lain kali lah katanya.
Ini jer gambar di hadapan entrance. Anak2 nak tengok penyu, menurut kata guard kat entrance ni kena jalan kaki jauh juga agak2 dlm 2 jam kalau slow tpi kalau laju kurang skit dari 2 jam tu kalau nak cepat naik ajer bot.. tempat penyu ni terletak dekat muka head berhampiran pusat kaji selidik USM di situ. Lain kali aje kalau datang nak memancing, naik bot tengok penyu and matahari jatuh. Masa kami sampai kaunter pun dah tutup. Cuma ada satu mini market milik PUZ.