Wednesday, October 6, 2010

Nasi Lemak Ummi

Bahan-Bahannya : Untuk 5 orang makan yer..
3 pot beras - guna jer yang pot yang kita dapat masa beli rice cooker
2-3 inci halia - tumbuk
1-2 batang serai -optional
santan - 1 biji yg sedang hehehe agak2 ler.. yer..
nak lebih sihat guna jer santan kotak yg rendah lemak
2-3 helai daun pandan
secubit garam, dan gula sebagai perasa
rempah : kayu manis 1 btang, rempah 3 serangkai - yang ni tak perlulah..

Cara-caranya:
basuh beras dan tos ketepikan.
Masukkan santan ke dalam periuk bersama daun pandan,halia garam dan gula bersama-sama beras yang telah ditoskan tadi tekan ler current tu.. hehehe ni saya guna rice cooker.

ok.. bila dah siap makan bersama sambal tumis ikan bilis ke.. udang ke.. pa2 je la.. letak telor rebus.. lebih sihat.. nk sedap letak telor goreng mata kerbau..letak ulam timun, kacang goreng.. ayam goreng ke.. ikan masin pun sodap..apa-apa aje..yg ni versi I yer..
(gambar nasinya tiada meaning tak sempat nak upload) tengok aje la gambar sambal ni dulu. Untuk entry yang akan datang saya akan upload nasi lemak bersama sambal sekali.

Sambal tumis udang & petai

Sambal tumis udang & petai

Thursday, July 1, 2010

Cup Cake smarties, bihun singapore, donut n kek buah

Cup Cake Smarties




Cup Cake smarties ni khas untuk kanak-kanak di Tadika Alina Bintang Hati. Sempena hari jadi salah seorang studentnya yg bernama Afiq. Ulang tahun yg ke5 buat Afiq.
kek dalamnya ialah moist chocolate cake. Ada yg swirl gitu aje, yg lagi satu tu lepa je ngan buttercream then letak smarties kat atas, kanak-kanak suka la.. teacher pun kata kanak-kanak suka sangat sampai teacher tak sempat nk bagi arahan.. habis jer acara menyanyi untuk birthday boy trus dia orang ngap.

Donut



donut ni plak sesaja aku buat untuk minum petang. Anak-anak suka memang lembut dan gebu nanti kalau agak-agak dah rajin skit aku update resipinya. Senang sangat nak buat donut ni semua bahan di gaul dan uli sebati pastu perap jer. Sedap sebab aku letak sedikit susu tepung.

Kek Buah

kek buah ni aku bakar sebab tu lah nampak agak kering dan garing skit.

Bihun Singapore

kegemaran budak-budak sebab tak pedas nak bagi cantik aku buat telur dadar yang nipispaastu gulung dan potong kecil and tabur jer la.

And last sekali ialah hadiah yang aku terima sempena pertandingan memasak aritu.. ekekeke.. jadi lah ok gak kan hadiahnya.

Saturday, June 12, 2010

Marathon fotos loading and update stories

Wah agak terlampau jugak tajuk kat atas ni. Tapi itulah yg sebenarnya. Sengaja dibuat mcm ni.. marathon semua sekali senang skit dan jawapan yg sebenar2nya adalah tiada masa nk melayan blogging ni sbb dah sentiasa sibuk dgn kerja seharian. Sungguh! waktu ku rasakan terlalu singkat. Sabtu n Ahad mcm2 nk buat smpai xsempat nk upload foto n cerita di sini..

Apa-apa pun semenjak terlalu ghairah melayan facebook aka fb ni dah jarang2 kesini. Cakap pasai fb ni dari kajian yg dijlnkan org Malaysia lah yg paling ramai sekli melanggan serta melayari aka surfing facebook..
btoi.. aku pun agak teperanjat gak sbb kawan2 lama..makcik2 kakak2 yg mmg dari dulu2 xpenah pun gila dgn computer dan pelbagai ni sekrang ni terlalu aktif ber fb mengalah kan aku lak..mmg dahsyat penangan Yahudi ni.. perlu kita sama2 beringat fb ni asalnya dari mana dan siapa yg menciptanya ... ingat ya kengkawan jgn terlalu ghairah ber fb sbb kerana fb ada yg bercerai dan bgaduh.. ya btol org Malaysia mmg selalu menjaga ukhwah dan persahabatan.. kerna fb lah juga mengerat kan semula persahabatan dan menyatukan kasih yg hilang.. ttapi biarlah kita berpada2 dan berhati2 dngan agenda halus dan niat Yahudi untuk menyesatkan dan meleka kan kita org2 islam.

ok.. lah stop dulu pasai ni sambung blik tujuan sbenar aku kat sini. Nanti cakap lebih2 kena gam lak blog aku ni.. oo ya aku suka letak gambar2 dlm blog lg dari difb sebb di fb tu 1 donia tgok gambar kita.. 1 donia baca cerita kita.. tu pasal aku limit input aku kat fb aku lebih suka luahkan apa yg tebuku kat blog ni.

So, harini aku cerita pasai hobi aku tentang masak-memasak, kecik2 dulu salu main masak2 tau tak pokok pisang, ha jantung pisang yg x jdi tu nti aku n adik2 aku guna buat jdi bahan masakan. kulit jantung tukan warna merah dan bergulung ingat lgi tau walaupun dah 30++ tahun berlalu. bubuh la daun bunga raya ke pa2 ler.. dlm dia gulung pastu potong ekekekek jdi ler resipi baru .. siap..! Tapi kali ni resipi btoi tau bukan masak2 lg. Resipi ni aku ambil dari gorup masak yg aku sertai secara pasif.. ekekeke..dok belakang tingkap aje.. kumpul resipi. Resipinya aku sertakan di sini.

Sumber: Baya
Cornflakes madu.

90 gram sugar halus,
110 gram butter
6 sudu besar madu/golden syrup

Untuk cornflakes pula.
120gram cornflakes.
120 bubble rice( yg plain punya bukan Choc)
100 gram kacang/badam. ( bakar dulu skit badam tu)

Masak atas api sehingga butter,sugar, madu bercampur sebati. Sekejap ja
masaknya. Kemudian tuangkan campuran cornflakes, Gaul sampai rata
bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam paper cup kemudian bakar
350F selama 11-12 minute

Dah siap boh dlm balang

baru keluar dari oven

dah ready utk di bakar


Musim Durian datang lagi.
emmmm sedapnya durian. Aku memang suka makan durian, termasuk anak gadisku & anak bongsuku. Sebabnya masa tengah dok pregnant kat depa 2 ni aku kemaruk durian.. sanggup aku beli yang harganya Rm35 sebiji masa tu aku n hubby cari buah tu kat area Bayan Lepas.. and masa tu juga orang kata buah mula.. memang la mahal. Aku beli dari seorang ah pek kat tepi jalan dekat Saujana Height. Macam2 boleh dibuat dengan durian ni .. kalau dah jemu makan buahnya begitu saja, buat ler kuah durian. Pastu makan ler ngan roti ke.. (kalau orang tu ada masalah sakit urat macam aku ekeke) nak sedap lagi makan dengan pulut yang ditanak atau kukus.. kuahnya pulak ikut suka hati nak buh gula merah ka atau gula kabung rasanya lain skit la.. kuah pun akan jadi warna kecoklatan. Kalau nak putih letak jer gula putih biasa tu.. pastu jangan lupa letak santan dan daun pandan.. senang jer kan.. rajin n malas jer benda.. ni.
Senang jer kan..tengok aku buat kan dah siap leh makan dah pun.. sila ler.

ha.. kat sini yg aku buat baru2 ni ajer...ini kuahnya. Aku letak gula kabung ( lebihan aku beli kat Kelantan.. lamanya kan.. leh makan ker lagi.. aku tgok xda pun tanda expired kat situ wakakakaka)


roti high 5, gardenia pun boleh roti benggali pun boleh.. lagi satu roti kirai atau pun orang panggil roti jala.. tapi aku xdan nak buat..roti jala ni ekeke


pulut tanak... nak sedap lagi kukus.. tapi aku malas,tanak senang skit.


Pastu lagi kisah durian ni. ha.. durian ni pun leh buat tempoyak. Rasanya nti masam2 skit. So bila buat sambal belacan tu boleh ler campur tempoyak skit..buat masak lemak cili api pun boleh atau pun buat sambal tempoyak ikan bilis tu sedap nya slurrp buat sendiri lebih sedap dari beli original dan fresh.


akhir sekali ini takat yang aku tahu ler kepelbagaian pasal durian ni.. boleh juga buat lempuk..macam dodol pun ada, nak tahu pa benda nya kalu orang cina dia kata "durian cake" iaitu isi durian yg telah dibuang biji nya kemudian letak ler dlam kuali letak ler gula skit n daun pandan nak bagi wangi ler pastu kacau ler smpai likat.. leh simpan lama. Cara kacau lebih kurang macam kacau dodol la jugak.
Pastu bila nak buat bubur kacang ker.. kuih muih ker macam seri muka tu letak ler lempuk ni gerenti sedap... xpercaya cuba ler.


Pertandingan Memasak Anjuran BAKAT 2RAMD.
Eeh ak.. eeh ak.. eeh ak.. tak sangka sungguh first time aku sertai pertandingan memasak ni.. wakaka.
Buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku sertai pertandingan memasak baru2 ini.
Antara menu yang dipertandingkan ialah:
Kerabu sayur, Kuih kukus, dan kari ikan. Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian dimana setiap kumpulan terdiri dari 3 orang untuk 3 jenis masakan. Kumpulan aku mencuba "Kerabu Epal Hijau" bagi kategori kerabu, kek coklat kukus bagi kategori kuih kukus dan kari kepala ikan. Dan kami memenangi tempat ke2 bagi kek coklat kukus, ke3 utk kari kepala ikan dan tempat ke 4 utk kerabu epal hijau.

wah nampak tu sibuk dan bergaya sekali.


amboi asyik nya


sibuk sekali cik Ina kita


kerabu epal hijau..tara dah siap leh rasa..


kari kepala ikan dan kek coklat kukus


Bagi kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun disediakn pertanding mewarna dimana anak bongsuku juga terlibat. Lihat la gaya nya mewarna tu ekeke..tujuan bukan apa xnak bagi anak2 kacau ibu2 yg sedang memasak.

Afiq dengan gaya tersendiri dapat hadiah sagu hati jer ni


Kek butter yang ditaburi coklat rice, aku buat ni utk saja2 nak makan.


Moist chocolate Cup cake order dari seorang kawan.


Lagi..


Yeah,, ini plak gambar perkahwinan kawan ku Lin pada Mar 2010 yang lalu di Gelugor, Penang.. Segak Lin dengan rona baju moden warna gold.

Monday, February 15, 2010

Jom Makan Laksa Janggus Balik Pulau n Char Keow Teow

Ni cerita pasal laksa janggus Balik Pulau,Penang lah apa lagi.
Cerita laksa ni pernah masuk dlm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3. hahaha.. famous tu..!tak tau lah nk kata sedap ke dak.. saya bagi rating 3/5 lah.bagi saya yg minat laksa ni.. boleh la juga sbb saya pernah makan laksa yang paling sedap lagi ahakss... jangan marah.
Kebtulan aritu ramai sangat org dia buka setiap hari kecuali hari Rabu dia tutup. dia start buka dri jam 3:00 hingga 7:00 petang. Self service yer kat sini..
Selain dari laksa ada gak menu lain antaranya rojak, keow teow teng, pisang goreng( yg ni sedap)bebaris nk beli sanggup tau baris tepi kuali panas tu.. lagi satu tempat nk makan kena chop tau,wakaka kalau dak xda tempat.. so kena dtg ramai2 sorang kena baris beli laksa, sorang lagi baris beli goreng pisang, sorang lagi chop tempat duduk n last sorang tu beli air la.. ada ais kacang boh ais krim.. sdap gak yg ni.
jom la tgok.. gambar serba skit..


ni dia warung laksa janggus, balik pulau, penang


mai la makan laksa!


haziq menikmati laksa janggus


goreng pisang, memang laris beratur yer nk beli ni


ais kacang, sedap woo

oooh ya.. ni plak penang famous Char Keow Teow, Ha CKT ni xda yer ka warung Laksa Janggus tu. Ni saya makan kat depan Snake Temple Bayan Lepas.


Sedap tak.. ok kan.. rupanya agak berair skit.. bleh pilih nak special atau biasa.. so harga pun lain2 lah yer..


ni anak daraku punya, dia x makan sayur. camni ler rupa CKT dia..

ok.. lah nti kita cerita lagi kisah pasal makanan kat Penang ni... enjoy..!

Zoo Taiping

Hari tu kami jalan2 ke Zoo Taiping. Agak ramai gak orang walaupun aritu hujan renyai2. Sebenarnya petang tu xtau nk buat apa2 pun tiba2 telintas nk jln2 ke zoo Taiping. Dekat jer ngan rumah kita orang >< 25 minit jer..kalau drive. kami naik train yang di sediakn sebb malas nk jalan dah hujan. So gambar pun xdpt nk tangkap sbb tgok dari jauh jer..yang dpt pun gambar gajah. Selebihnya ambil video jer..jom ler tgok skit2 jer la seadanya.


ni dia sign board tu


gajah je senang nak tangkap sbab dia besor


ni ler rupa train yg kami naik tu,


baris jap beli tiket la


posing dulu apa2 pun kan!..


ular sawa, boleh ambik gambar tpi kena la bayar yer


anjang posing ngan haziq


ular sawa ni lagi


ikan dlm kolam


tengah tnggu nak naik train, org agak ramai w.pun hari ujan renyai2

Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday Nur Adam Daniel

Nur Adam Daniel is One Year old!

Veneu : Rumah Mak Tok Bandar Baru
Date : 26 December 2009
Theme : Bebas.. Adam pakai baju melayu kaler kelabu

Adam menyambut birthday yang pertama dirumah bertempat di rumah mak tok Adam la.. Bandar Bahru. Wah!,Meriah sungguh depa kebetulan sempena sambutan Awal Muharram.
Menu memang best, nasi putih ada ikan keli goreng masak sambal, ulam2an sambal belacan, kari ayam. tapi semua ni tak sempat nak upload sebab tak sempat nk ambik shot pun wakakaka.
jom kita tengok je la apa yang ada.


Adam 1 year old atas pelamin., ni, tumpang sat pelamin angah jaei n acu amin masa kenduri deme kat Ipoh aritu


potong kek b'day dgn mama, suka nya Adam.



kek b'day sumbangan mak long mala,TQ mak long!


buah tangan utk tetamu-coklat cup cake dgn buttercream n color sugar