Friday, April 6, 2012

Nasi Lemak Liver Pool-Batu Lanchang, Penang

Teruja sungguh baca cerita salah satu blog tentang nasi lemak Liverpool ini. Akhirnya aku ambil keputusan pada satu malam Jumaat yang lalu aku telah berjaya menjejakkan kaki ku ke sini. Ha ha ha..senang saja rupanya nak cari tempat ini. Menyusuri Jalan Teh Ewe Lim, ambil aje fly over yng tersangatlah kecik tu yang muat2 laluan untuk sebiji kereta.. jalan terus lepas sikit dari Hospital Lam Wah Ee tu nampak lah flat tu. kedai ini terletak di ground floor flat itu. Ramai juga orang time tu maklumlah hari Jumaat esok dah cuti kan so ramai ler bapa2 & ibu2 bawa anak2 makan luar termasuklah aku ekekeke...
Pemilik kedai ini memang peminat tegar Liverpool. Buktinya seluruh kedai ini dihias mengikut tema Liverpool dengan berbagai cenderamata & cenderahati dari kelab Liverpool ini.. merah semuanya. Ada bermacam-macam perhiasan barangan koleksi kelab peminat Liverpool ini boleh tengok kat kedai ini. Jom le datang saya sudah, anda bila lagi? kekeke...
Ok di sebelah kedai ini ada gerai Char Keow Teow. Kalau tak nak makan nasi boleh makan Char Keow Teow. Ada pilihan nasi lemak atau nasi putih. Pelayan akan bubuh nasi dalam pinggan lauk nya kita cedok lah sendiri.
Itu ajelah layan je lah gambar ni tak sempat lak lak shoot gambar lauk pauknya...lapar gila maklumlah lunch tadi tak sempat nak makan..kerja keras gitu.!




No comments: