Thursday, June 19, 2008
Bila kemalasan melanda..
Apa nak masak malam ni??? Lagi 1 jam nak punch card dok terbayang-bayang nak masak apa. Saban hari macam ni lah. Ada yang tak nak pedas, ada yang nak pedas. Hmmm last-last ni ja yang aku mampu, masak orang malas, tak berapa rajin ler ni..sayur kubis & karot tumis air, ikan goreng n sambal tumis udang. Lagipun tu jer yang ada dalam peti ais kat rumah.Gulai ikan masin + nenas tu yang pagi punya. Haa.. jangan tak tahu pulak setiap pagi sebelum pergi kerja kena masak gak untuk kakak & angah serta husband for lunch. Jangan ler gelak plak tengok ikan goreng tu berbagai aksi berposing. ekeke..main snap jer tak perasan ikan tu tunggang langgang. Nampak sangat kemalasan dan kesenian tu bukan milik ku. Wakakaka. :(( Apa lagi sila ler jamu mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment