Sunday, January 4, 2009

Cerita-ceriti 2008

Setahun berlalu pergi, 2008 meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis. Peristiwa sedih dan gembira turut berlalu pergi yang tinggal hanyalah kenangan kini. Pemergian 2 orang tercinta, Opah Yah Bt Nordin (emak abahku)pada tanggal 26/3/2008 dan Tok Sabariah (emak ibuku) pada 14/5/2008. Al-Fatihah untuk kedua arwah opah dan tok.
Tak dilupakan peristiwa gembira yang menemani perjalanan ku sepanjang 2008 ini ialah kelahiran Nur Adam Daniel.. yeah... penyeri hidup adik kedua bongsuku dan isterinya, (iaitu Nordin n Azah); yang lahir pada tanggal 26/12/2008. Juga kejayaan cemerlang anak sedara ku (anak2 abang sulungku) Hanif UPSR 5As and Asyraf PMR 8As. Congratulation both of you!. Well done.
haa.. tak lupa juga my cousin Amin, yang melangsungkan pertunangannya dengan Maya dari Kamunting, Taiping pada tarikh 29/12/2008. Meriah sungguh majlis haritu macam kenduri kawen.. Memang padan lah..
sayangnya tak ada 1 pun gambar yg sempat ku ambil tuk semua peristiwa ini.. keterlupaan diriku yg semakin muda agaknya... hmmm apa nk buat... dah separuh jalan di atas Penang Bridge baru ku sedar kamera buruk ku itu tertinggal.. huaaaaaaaaaaaaa.

Di kesempatan ini juga ku gagahkan diri mengupdatekan corat-coret setahun ku yang tdak berkesempatan ini.. ekekekekeeke.
kes tak sempat nak upload.. hehehe.. tak kisah la lambat ka cepat yang penting ada di simpan di alam maya ini..

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang.
Dah lama nak makan mee banjir ni.. tercapai juga hajat ku.. sebenarnya aku dilahirkan di sini kampung Menteri Port Weld. Wah Nostalgia. Seingat ku dulu2 masa zaman kecil ku ketika itu sekolah rendah kalau balik Kampung Menteri pasti dapat makan udang besar, ketam yang segar2 dari laut.. arwah Tok wan bawa balik dari laut. Kalau makan cucur udang, udangnya besar gedabak.. sebab banyak so letak jela besar2 kan. Tapi itu dulu, mana ada mee udang banjir ni. Cuma semenjak dua menjak ni la.. tu pun tak pasti bila agaknya.
Ramai btol peminat mee banjir ni.. memang ramai orang, hampir tak dapat tempat duduk kami, mujurlah cuma kami ber8 ajer.. kebetulan cuti krismas.. 25/12/2008 yang lalu. Ramai juga yang hampa, tdak dapat tempat duduk dan berlalu pergi. Agak dah lewat petang waktu itu, kerana kes jadi ka x jadi p makan mee udang, tu pasal la lambat.ha ha ha ha.
ha lagi, lupa nak bagi tau foto-fotonya agak blur kerana dishoot dengan handphone 3G Sonyku..
lagi kes terlupa bawa kamera. ha ha ha. :( Maih makan.. :)



Kulit udang yang telah di makan isinya..banyak dan besar2 udangnya..
gataila hidung ku ni. Takpa tu belakang cerita.



kakak(Nabilah) kusyuk menikmatik mee banjir. Memang sempoi, lain dari yang lain kuah nya. Terasa air udangnya,kemanisan serta kesegaran udang.



ni dia, mee udang banjir, tara.. amacam bila mau try?

Harganya sepinggan RM10 bagi udang laut segar dan RM8 untuk udang bela (kolam)
ada lebih kurang 12 ekor udang dalam setiap pinggan.
Angah (haziq) order mihun goreng udang.. malangnya keterlupaan lagi utk mengambil shoot hahahaha.
Untuk mereka yang belum cuba, boleh la try rasa mee udang banjir kuala sepetang ni..
terletak di tepi jalan besar menuju ke pekan kuala sepetang.
Tapi ada lagi best la diaorang kata, kat mana tuh?? nanti kita p ...

1 comment:

en_me said...

macam nak pi try mee banjir jakkks.. uhuhu