Monday, January 5, 2009

Posting yang tertunggak-Raya Haji n Ketupat Palas

Raya haji kali ni di rumah abahku di Perak, sementelah lagi encik suamiku tiada disini kerana bekerja outstation sekaligus bertugas di hari raya haji ni. Encik suamiku kan pahlawan.. ha ha ha jangan tak tahu plak. Abah buat ketupat daun palas dan rendang ayam kampung. Jom kita tengok macam mana nak balut daun palas tu.. tapi jangan terkejut sehingga semuda ini aku masih tidak tahu membalut si daun palas ni, cuma buka daun palas dan ngap pulutnya ajer yang aku tahu.


Pulut yang siap ditanak, separuh masak, bersama daun palas yang sudah siap di anyam oleh tuan tanah aka abahku


masukan pulut kedalam daun yang dilipat tiga segi seperti dalam gambar, masuk pulut tu agak-agak lah yer puan-puan,


akhir sekali balut seperti ni ..lihat dengan teliti yer


tara... dah siap balut, daun palas yang telah siap dibubuh pulut, and ready to kukus.. lepas ni boleh la ngap bersama dengan rendang


ini dia rendang ayam kampung, memang syiok..makan ngan ketupat (masih lagi di dalam kuali), saja nak tunjuk gambar lam kuali.ha ha ha.

Kemeriahan raya haji sekarang tak macam dulu, ingat lagi aku masa kecik2 dulu kalau kata raya haji tu meriahnya sama macam raya puasa,. siap ada duit raya lagi wlaupun kecik aje..p rumah orang lagi kutip duit raya, ye la budak2 dulu cuma ingat nk kumpul duit raya aje, tapi lani(sekarang ni la) dah tak macam dulu raya haji umpama public holiday ja, tuk duduk di rumah berehat dan menonton tv, tiada lgi ziarah menziarahi mcm dulu2, mcam sambutan raya puasa. Apa nk buat zaman dah berubah, dunia dah maju.
Tapi selagi ada abahku kami sambut macam biasa gak cuma tak semeriah raya puasa, lihatlah foto2 tok aki n cucu-cucu, dan anak2ku bersama sepupu.


Gambar bersama tok aki n sebahagian daripada cucu-cucunya


anak2ku bersama sepupu mereka


lagi haziq n afiq

No comments: