Tuesday, June 12, 2012

The Ridge Teja By The Sea

Korang pernah sampai sini tak? Macam mana nak pergi ke sini? Ok, macam ni ceritanya keluar tol Juru terus ke Tambun sampai jumpa sign board ke Stadium Batu Kawan. Jalan lagi sampai nampak sign board ke jeti Pulau Aman, follow terus. Anda akan jumpa satu round about terus ikut sign board ke The Ridge yang di gantung di sepangjang jalan itu.
Tempatnya memang cantik sesuai untuk bersantai dan lepak sambil menikmati panorama matahari jatuh.
Pada satu petang Selasa aku di sini akhirnya. Orang pun tak ramai sangat hari pun masih awal lagi. Duduk ler kat mana yang kita suka tempatnya luas sangat-sangat boleh buat kenduri kahwen. tempat agak baru, kalau tak silap baru operasi pada bulan April 2012 yang lalu.











Orang memang ramai terutama malam Sabtu. Susah2 sangat korang tanya aje lah En.Google. Aku pun baru 1st. time sampai ke sini. Tapi yang pasti The Ridge ini sebelum jeti Pulau Aman.
Ini aje lah serba skit foto yang di shot malam itu. Nak buat macam mana plan nak tengok matahari jatuh. Sebaik naik Penang Bridge dah jammed sampai ler ke tol Juru sebab ada accident sejak awal lagi.

Nak tengok apa yang kami pesan tak.? Ni.. dia..!!.kami pilih Western dari menu ala-carte.


Lamb Chop buat si dia


Fish & chips pilihan ku


Sedap tak minuman kami? ada chocolate oren,pineapple ++ shake, blackberry lime, apple jus & ice lemon tea & ada macam2 lagi tau.. jom try!
tapi ini bukan nama sebenar minuman ni, nama kat menu tu susah sangat nak sebut aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa.





ini dia chicken chop with mushroom sauce pilihan anak teruna kecilku.

Kalau korang nak makan nasi ada dalam set yang terdiri dari set Malay Style, Indian Style, Chinese Style dan Thai Cuisine Style . Untuk ala-carte ada Western style, grilled seafood, nasi goreng, spagetti & berbagai tu lah. Sorry tak sempat nak snap menu.
Jom ke The Ridge.!

Sunday, May 6, 2012

Mandi manda di Suria Apartment Bukit Merah

Tak ada kerja nak buat so apalagi masa balik kampung hari tu kami saja-saja pergi mandi manda di Suria Apartment Bukit Merah.
Dekat aje dengan rumah abah. Perjalanam cuma 25 minit aje..
Bayaran untuk mandi di apartment ini cuma RM5.00 untuk seorang.
Kalau nak menginap pun boleh kat sini, pada yang berhajat nak jalan-jalan di Bukit Merah atau pun dah penat mandi kat Lake town tu singgah le apartment ini untuk overnight ke pa ke...





Friday, April 6, 2012

Nasi Lemak Liver Pool-Batu Lanchang, Penang

Teruja sungguh baca cerita salah satu blog tentang nasi lemak Liverpool ini. Akhirnya aku ambil keputusan pada satu malam Jumaat yang lalu aku telah berjaya menjejakkan kaki ku ke sini. Ha ha ha..senang saja rupanya nak cari tempat ini. Menyusuri Jalan Teh Ewe Lim, ambil aje fly over yng tersangatlah kecik tu yang muat2 laluan untuk sebiji kereta.. jalan terus lepas sikit dari Hospital Lam Wah Ee tu nampak lah flat tu. kedai ini terletak di ground floor flat itu. Ramai juga orang time tu maklumlah hari Jumaat esok dah cuti kan so ramai ler bapa2 & ibu2 bawa anak2 makan luar termasuklah aku ekekeke...
Pemilik kedai ini memang peminat tegar Liverpool. Buktinya seluruh kedai ini dihias mengikut tema Liverpool dengan berbagai cenderamata & cenderahati dari kelab Liverpool ini.. merah semuanya. Ada bermacam-macam perhiasan barangan koleksi kelab peminat Liverpool ini boleh tengok kat kedai ini. Jom le datang saya sudah, anda bila lagi? kekeke...
Ok di sebelah kedai ini ada gerai Char Keow Teow. Kalau tak nak makan nasi boleh makan Char Keow Teow. Ada pilihan nasi lemak atau nasi putih. Pelayan akan bubuh nasi dalam pinggan lauk nya kita cedok lah sendiri.
Itu ajelah layan je lah gambar ni tak sempat lak lak shoot gambar lauk pauknya...lapar gila maklumlah lunch tadi tak sempat nak makan..kerja keras gitu.!




Wednesday, March 14, 2012

Makan di Serai Cafe Tokong Ular, Penang

Kali ini jalan-jalan cari makan singgah di Serai Cafe berhadapan Tokong Ular, di Bayan Lepas Penang.
Ini bukan kali pertama kami kesini, kiranya dah banyak kali juga sebab banyak pilihan menu ada di sini iaitu western dan menu makanan Thai seperti tom yam dan sebagainya. Ada burger juga tauu.. Disamping itu ada pak cik yang jual sate di tepi kedai ini.So sementara tunggu hidangan sampai boleh lah mengunyah sate kan.. idak ler boring menunggu..harganya berpatutan, serta sedap. Dari segi kebersihan pula nmpak turut diberi perhatian oleh tuan kedai ini. Keseluruhannya rating aku berikan untuk kedai ini adalah 6/10. Jom kita tengok apa yang kami pesan.
Angah dengan nasi goreng pattaya

Menu juga diletakkan di dinding kedai.. senang nak tengok kan!

Favourite sleeping partner ni ialah lamb chop with black pepper souce ler..!

Nasi Goreng kampung, hidangannya agak banyak juga memang berbaloi lah.!

Chicken chop menjadi pilihan kakak kali ini.
okay lah.. jemput makan, nyam-nyam-nyam..

Monday, March 5, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah


Jalan-jalan ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah.
Malasnya nak berceloteh layan je lah gambar2 yang ada ini yer.



Kalau ada yang berminat nak beli anggur memang ada dijual di kedai mereka disini, sepeket RM15.00, Segar dan ini lah yang dikatakan terbaikk dari ladang!

macam-macam ada jual berasaskan anggur, jem, kordial, jus dan sebagainya.
Adik di kaunter pembayaran, beli jus anggur

Harga tiket masuk ke ladang:
Dewasa RM3.00
Kanak-kanak (7-12 tahun ) RM1.50

Visitor Information

Managed By : Excel Agrotech Sdn. Bhd.

Open daily : from 9.30 am to 6.30 pm



Contact

Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris)

Lot 264, Kampung Ternas

08200 Sik. Kedah Darul Aman

Tel : 604-4620466

H/P : 019-5667908

Fax : 604-4620611

Email : excel_agro@yahoo.com



Beris Lake Vineyard
The Beris Lake Vineyard (Ladang Anggur Tasik Beris) is managed by Excel Agrotech Sdn. Bhd. and has a land area size of 34 acres. It is the first grape vineyard in Kedah, proven a big success in planting grapes species commercially such as Black Opal, Black grape, White Malaga and Loose Pelite. The vineyard also has been visited by the Royal Higness of Kedah, DYTM Raja Muda Kedah.

Wednesday, January 25, 2012

Penang Toys Museum

Lepas turun dari Penang Hill kami lunch di Tanjung Bungah. Perut kenyang senang hati kami meluncur laju ke arah Toys Museum yang terletak bersebelahan dengan http://copthornepenang.com/
Senang aje nak cari. Harga ticket masuk dengan Mykad holder ialah: RM10.00 untuk dewasa & RM6.00 untuk kanak-kanak. Sama seperti Penang Hills tempat ini juga diuruskan oleh pihak swasta.. Banyak juga toys kat dalam ni.. dengan hiasan dalaman kat sini ala-ala cleopatra.
Kakak kat pintu masuk ladies..gents punya pun sama gak macam ni.
Tamat lah sudah episod jalan-jalan di Penang sepanjang 2011. Walaupun bermastautin di Penang ni.. baru kali ini dapat jalan-jalan ke sini.. asyik lalu aje.. akhirnya singgah jua.. Okay, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik kat Penang yang masih belum di jelajahi.. antaranya Spice Garden http://www.tropicalspicegarden.com/,
http://www.butterfly-insect.com/ Penang Butterfly
dan juga akuarium di Batu Maung http://www.projectpenang.my/EN/page/aquarium/

Penang Hill

Dek teruja dengan perlancaran train terkini ke Penang Hill pada September 2011 yang lalu aku sendiri turut tidak melepaskan peluang menaikinya pada satu hari minggu yang lalu. Seronok sungguh! orang tak usah diceritakanlah, kebetulan time aku pergi tu cuti sempena menyambut tahun baru 2012 yang lalu.. aduh.. beratur punya la panjang akhirnya dapat gak lah tiket for 5 person (3A,2K) only RM26.00 tunjuk mykad yer..
Sepanjang perjalanan up to the hill pergi dan balik kami kena berdiri sebab train full house. Malas nak berebut2 lagipun kejap aje dah sampai ke atas bukit, rasanya tak sampai 15 minit. Cuaca memang panas hari itu tapi terasa angin sejuk yang bertiup serta sedikit berkabus.. Permandangan amat cantik sekali. Pada hari yang kami pergi tu pada malam nanti bermula jam 6.30 petang akan diadakan beberapa show sempena new year 2012. Akan diadakan pertunjukan bunga api menanti detik 12.00 t/malam 2012 di situ.. kami tak sempat lah nak tengok tak kan lah nak seharian di sini. Ada juga snake show, boleh jalan-jalan tengok flora & fauna tapi yang ini kena naik kereta mcm kat padang golf ler sbab kalau nak jalan kaki 1jam lebih baru smpai.. bayaran kereta ini RM30.00 sebuah. Ada restaurant Brown, ada hotel boleh stay kat sini gak & ada mini bird park kat tepi hotel ini.