Wednesday, January 25, 2012
Penang Hill
Dek teruja dengan perlancaran train terkini ke Penang Hill pada September 2011 yang lalu aku sendiri turut tidak melepaskan peluang menaikinya pada satu hari minggu yang lalu.
Seronok sungguh! orang tak usah diceritakanlah, kebetulan time aku pergi tu cuti sempena menyambut tahun baru 2012 yang lalu.. aduh.. beratur punya la panjang akhirnya dapat gak lah tiket for 5 person (3A,2K) only RM26.00 tunjuk mykad yer..
Sepanjang perjalanan up to the hill pergi dan balik kami kena berdiri sebab train full house. Malas nak berebut2 lagipun kejap aje dah sampai ke atas bukit, rasanya tak sampai 15 minit.
Cuaca memang panas hari itu tapi terasa angin sejuk yang bertiup serta sedikit berkabus..
Permandangan amat cantik sekali. Pada hari yang kami pergi tu pada malam nanti bermula jam 6.30 petang akan diadakan beberapa show sempena new year 2012. Akan diadakan pertunjukan bunga api menanti detik 12.00 t/malam 2012 di situ.. kami tak sempat lah nak tengok tak kan lah nak seharian di sini. Ada juga snake show, boleh jalan-jalan tengok flora & fauna tapi yang ini kena naik kereta mcm kat padang golf ler sbab kalau nak jalan kaki 1jam lebih baru smpai.. bayaran kereta ini RM30.00 sebuah.
Ada restaurant Brown, ada hotel boleh stay kat sini gak & ada mini bird park kat tepi hotel ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment