Monday, January 16, 2012
Genting - Bukit Tinggi - Menara KL
sambungan PART II- COLMAR TROPICAL & MENARA KL -:
Dari Genting kami naik semula highway menuju Bukit Tinggi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit tengok kelajuan lah yer.. melepasi kawasan rehat Genting Sempah akan jumpa signboard ke Bukit Tinggi.
Dah sampai pun Bukit Tinggi, agak jauh juga dari jalan besar kerana resort ni betul-betul jauh kedalam.. mula-mula tu ingatkan dah sesat ler.. tapi terus juga drive sampai ler kami jumpa signboard Colmar Tropical. Ada security di pintu masuk Colmar ambil tiket di situ RM 52.00 untuk family 3D, 2 kanak-kanak. Terus jalan lagi agak-agak 1km.
Wah ramainya orang walaupun time tu dah pukul 5.00pm agaknya sebab cuti kan..oh yer Colmar ni tutup pukul 6.00 yer.. Cantik tempat ni, dengan seni bina nya yang ala-ala kat oversea. Ada ramai orang yang sedang tunggu shuttle, nak pergi mana Japanese Village ke..? rabbit park..? last kami pilih rabbit park.. bukan kami yang pilih, adik yang pilih hahaha. Shuttle tu hantar dan tinggal kan pengunjung di situ, nanti dia akan datang ambil balik. Tunggu shuttle tu datang ambil, kami pun terlepas ke Japanese Village sebab dah pun tutup (closed at 6.00). Marah ler kakak dengan adik. Macam tak pernah tengok rabbit.. hahaha kerenah anak-anak.
Hari ke2 di Seri Malaysia kami breakfast agak awal sebab dah plan nak terus naik ke KL, kami bergerak keluar hotel dalam pukul 8.30, pagi yang sejuk dan nyaman tak berapa kabus.. kami tiba agak awal (9.15 am) KL pun masih lengang tak banyak kenderaan lagipun masih cuti umum (Krismas.) Husband berhenti kejap kat Dataran Merdeka cuma nak ambil pose je.. tapi anak2 tak berminat pulak. Then kami terus menuju ke Menara KL. Tak ramai orang lagi parking pun senang. Tiket masuk RM100.00 untuk 5 orang, kami ambil package lawatan di atas menara dan mini zoo.
Husband dan anak-anak sempat lagi masuk dalam 6D nak alami pengalaman menonton dengan 6D, seorang RM18.00.
Masa tu juga kebetulan ada tarian sedang di persembahkan di hadapan panggung 6D. Aku dan kakak tak msuk pun 6D, kami ni layan je la tarian tradisional yang dipersmbahkan tu khas utk pelancong.
Dari menara tu pulak.. aku kata ler kat husband dah alang-alang kat sini jom kita ke IKEA.. hehehe.. dengan muka kesian.. apa lagi pecut la.. kami makan tengahari kat foodcourt RASA. boleh la nak layan tekak. Tetapi harga makanan lebih murah dari di Genting semalam. Dari IKEA terus masuk highway balik ke rumah abah di PERAK.. sepanjang perjalanan teramatlah heavy jammed, nak masuk RnR pun berebut dengan tak ada parking segala.. last kami tahan je lapar. At last kami singgah makan malam di gerai depan Maybank aje.. gerai dekat dengan rumah abah aje.
TAMAT lah sudah episod Genting, Bukit Tinggi & KL.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment