Wednesday, January 11, 2012

Cuti-cuti Genting Highlands

Tarikh : 24 Dec 2011 Dah lama teringin nak jejak kaki ke Genting akhirnya sempena "shut down" kat tempat kerja aku maka tercapai lah sudah hajat di hati, ini pun tak dirancang dengan sempurna lagi seminggu nak pergi baru lah confirm semua hal dari hotel penginapan dan segalanya.Kami Bertolak dari Penang(Sungai Ara) masa itu jam 12.00 t/hari. Tapi singgah dulu ambil kakak & angah dari tusyen di Bayan Baru, kami naik Penang Bridge lebih kurang jam 12.30 t/hari. Terus berhenti lunch & solat di Tapah R & R, terus keluar toll Tanjung Malim pukul 4.30 petang. Caj toll Juru-Tg Malim tak silap aku RM30.70. Dari susur keluar Tg. Malim terus ke menuju Kuala Kubu baru,sebelum smpai KK Baru akan jumpa Kerling, then baru jumpa KK Baru, then akan jumpa Rasa, ni kampung ya..then seterusnya akan jumpa Batang kali, akhirnya kami smpai di Hotel Seri Malaysia jam 5.45 petang. Sepanjang perjalanan melalui jalan-jalan kampung ke Batang Kali kami bertemu dengan orang kampung yang menjual buah durian, manggis, rambutan, langsat, cempedak..etc banyak nya smpai aku rasa ada yang jual lelong buah tu. Kami tak singgah beli pun sebab memang dah janji nak smpai hotel dengan segera. Seri Malaysia pun dah extend check in kami smpai pukul 6.00 petang. Leganya dah selamat smpai. Cuaca sangat sejuk dan berkabus. Hari pun memang redup sepanjang perjalanan lagi.
Hotel kami menginap
Family Room Last minit tempah akhirnya dpat lah juga bilik ini, actually aku try gak call lain-lain hotel kat Genting tapi jawapannya fully booked. Last sekli cuma tinggal hotel ini aje yang masih kosong. Family room ni kira ok la dengan harganya RM270.00 per nite breakfast for 3 person. Lagi 2 orang anak aku tu bayar ler. Hotel ni pun memang baik hati, mereka cuma caj RM 12.00 for 2 kids. Boleh lah menu breakfastnya tak berapa menepati selera kami boleh lah nak makan.. lapik perut.. Waktu malam pertama tu kami cuma makan burger aje, ada gerai burger kat bawah hotel ni.. ada 2 kedai makan melayu, dan kedai-kedai mini market serta ada 1 ATM kalau sesak-sesak nak tekan duit. ATM ni diletakkan dalam kedai mini market. Masa kami ronda-ronda malam tu cuaca amat berkabus dan sejuk, sampai bercakap pun keluar asap.. kata angah.. hehehe. Ada orang jual strawberri, sayur-sayur, durian etc dah rasa macam kat Cameron plak..
Indoor park
Indoor park juga
Permandangan dari cable car Yeehaaah.. kami naik cable car akhirnya. Harga RM10.00 pergi balik untuk seorang, 5 orang = RM50.00. Ramai nya manusia haritu.. beratur agak panjang juga untuk menunggu masuk ke dalam cable car. Cuaca memang berkabus..dan sejuk.
Indoor lagi Tak dapat main outdoor sbab sangat berkabus dan basah.
Lucky Chair ini dalam Ripley's
Ripley's Kami pun masuk Ripley's bayaran adalah RM102.00 untuk 5 orang (3 A, 2 K).Macam-macam benda pelik ada kat dalam ni. Mula-mula nak msuk haunted castle tapi tak jadi sebab ada harga package tuk Ripley's dan istana hantu tapi dah ada yang takut pulak tu yang kami masuk Ripley's aje.
Sign board to cable car
Signboard to Genting
View dari tingkap hotel-berkabus gitu masa ni dah 6.00 petang

No comments: