Monday, January 16, 2012
Genting - Bukit Tinggi - Menara KL
sambungan PART II- COLMAR TROPICAL & MENARA KL -:
Dari Genting kami naik semula highway menuju Bukit Tinggi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit tengok kelajuan lah yer.. melepasi kawasan rehat Genting Sempah akan jumpa signboard ke Bukit Tinggi.
Dah sampai pun Bukit Tinggi, agak jauh juga dari jalan besar kerana resort ni betul-betul jauh kedalam.. mula-mula tu ingatkan dah sesat ler.. tapi terus juga drive sampai ler kami jumpa signboard Colmar Tropical. Ada security di pintu masuk Colmar ambil tiket di situ RM 52.00 untuk family 3D, 2 kanak-kanak. Terus jalan lagi agak-agak 1km.
Wah ramainya orang walaupun time tu dah pukul 5.00pm agaknya sebab cuti kan..oh yer Colmar ni tutup pukul 6.00 yer.. Cantik tempat ni, dengan seni bina nya yang ala-ala kat oversea. Ada ramai orang yang sedang tunggu shuttle, nak pergi mana Japanese Village ke..? rabbit park..? last kami pilih rabbit park.. bukan kami yang pilih, adik yang pilih hahaha. Shuttle tu hantar dan tinggal kan pengunjung di situ, nanti dia akan datang ambil balik. Tunggu shuttle tu datang ambil, kami pun terlepas ke Japanese Village sebab dah pun tutup (closed at 6.00). Marah ler kakak dengan adik. Macam tak pernah tengok rabbit.. hahaha kerenah anak-anak.
Hari ke2 di Seri Malaysia kami breakfast agak awal sebab dah plan nak terus naik ke KL, kami bergerak keluar hotel dalam pukul 8.30, pagi yang sejuk dan nyaman tak berapa kabus.. kami tiba agak awal (9.15 am) KL pun masih lengang tak banyak kenderaan lagipun masih cuti umum (Krismas.) Husband berhenti kejap kat Dataran Merdeka cuma nak ambil pose je.. tapi anak2 tak berminat pulak. Then kami terus menuju ke Menara KL. Tak ramai orang lagi parking pun senang. Tiket masuk RM100.00 untuk 5 orang, kami ambil package lawatan di atas menara dan mini zoo.
Husband dan anak-anak sempat lagi masuk dalam 6D nak alami pengalaman menonton dengan 6D, seorang RM18.00.
Masa tu juga kebetulan ada tarian sedang di persembahkan di hadapan panggung 6D. Aku dan kakak tak msuk pun 6D, kami ni layan je la tarian tradisional yang dipersmbahkan tu khas utk pelancong.
Dari menara tu pulak.. aku kata ler kat husband dah alang-alang kat sini jom kita ke IKEA.. hehehe.. dengan muka kesian.. apa lagi pecut la.. kami makan tengahari kat foodcourt RASA. boleh la nak layan tekak. Tetapi harga makanan lebih murah dari di Genting semalam. Dari IKEA terus masuk highway balik ke rumah abah di PERAK.. sepanjang perjalanan teramatlah heavy jammed, nak masuk RnR pun berebut dengan tak ada parking segala.. last kami tahan je lapar. At last kami singgah makan malam di gerai depan Maybank aje.. gerai dekat dengan rumah abah aje.
TAMAT lah sudah episod Genting, Bukit Tinggi & KL.
Wednesday, January 11, 2012
Cuti-cuti Genting Highlands
Tarikh : 24 Dec 2011
Dah lama teringin nak jejak kaki ke Genting akhirnya sempena "shut down" kat tempat kerja aku maka tercapai lah sudah hajat di hati, ini pun tak dirancang dengan sempurna lagi seminggu nak pergi baru lah confirm semua hal dari hotel penginapan dan segalanya.Kami Bertolak dari Penang(Sungai Ara) masa itu jam 12.00 t/hari. Tapi singgah dulu ambil kakak & angah dari tusyen di Bayan Baru, kami naik Penang Bridge lebih kurang jam 12.30 t/hari. Terus berhenti lunch & solat di Tapah R & R, terus keluar toll Tanjung Malim pukul 4.30 petang. Caj toll Juru-Tg Malim tak silap aku RM30.70. Dari susur keluar Tg. Malim terus ke menuju Kuala Kubu baru,sebelum smpai KK Baru akan jumpa Kerling, then baru jumpa KK Baru, then akan jumpa Rasa, ni kampung ya..then seterusnya akan jumpa Batang kali, akhirnya kami smpai di Hotel Seri Malaysia jam 5.45 petang. Sepanjang perjalanan melalui jalan-jalan kampung ke Batang Kali kami bertemu dengan orang kampung yang menjual buah durian, manggis, rambutan, langsat, cempedak..etc banyak nya smpai aku rasa ada yang jual lelong buah tu. Kami tak singgah beli pun sebab memang dah janji nak smpai hotel dengan segera. Seri Malaysia pun dah extend check in kami smpai pukul 6.00 petang. Leganya dah selamat smpai. Cuaca sangat sejuk dan berkabus. Hari pun memang redup sepanjang perjalanan lagi.
Hotel kami menginap
Family Room
Last minit tempah akhirnya dpat lah juga bilik ini, actually aku try gak call lain-lain hotel kat Genting tapi jawapannya fully booked. Last sekli cuma tinggal hotel ini aje yang masih kosong. Family room ni kira ok la dengan harganya RM270.00 per nite breakfast for 3 person. Lagi 2 orang anak aku tu bayar ler. Hotel ni pun memang baik hati, mereka cuma caj RM 12.00 for 2 kids.
Boleh lah menu breakfastnya tak berapa menepati selera kami boleh lah nak makan.. lapik perut..
Waktu malam pertama tu kami cuma makan burger aje, ada gerai burger kat bawah hotel ni.. ada 2 kedai makan melayu, dan kedai-kedai mini market serta ada 1 ATM kalau sesak-sesak nak tekan duit. ATM ni diletakkan dalam kedai mini market.
Masa kami ronda-ronda malam tu cuaca amat berkabus dan sejuk, sampai bercakap pun keluar asap.. kata angah.. hehehe. Ada orang jual strawberri, sayur-sayur, durian etc dah rasa macam kat Cameron plak..
Indoor park
Indoor park juga
Permandangan dari cable car
Yeehaaah.. kami naik cable car akhirnya. Harga RM10.00 pergi balik untuk seorang, 5 orang = RM50.00.
Ramai nya manusia haritu.. beratur agak panjang juga untuk menunggu masuk ke dalam cable car. Cuaca memang berkabus..dan sejuk.
Indoor lagi
Tak dapat main outdoor sbab sangat berkabus dan basah.
Lucky Chair ini dalam Ripley's
Ripley's
Kami pun masuk Ripley's bayaran adalah RM102.00 untuk 5 orang (3 A, 2 K).Macam-macam benda pelik ada kat dalam ni. Mula-mula nak msuk haunted castle tapi tak jadi sebab ada harga package tuk Ripley's dan istana hantu tapi dah ada yang takut pulak tu yang kami masuk Ripley's aje.
Sign board to cable car
Signboard to Genting
View dari tingkap hotel-berkabus gitu masa ni dah 6.00 petang
Thursday, January 5, 2012
Pesta Penang 2012
Zaman dah berubah, dunia dah maju inilah ungkapan yang sebenarnya. Justeru itu kali ini wajah Pesta Pulau Pinang telah bertukar sama sekali amat berbeza jika dibandingkan dengan 4-5 tahun terdahulu..hehe sebab aku pun pergi selepas tarikh itu juga.. agak lama tak pergi pesta waktu terakhir pergi pun bukan last year tapi rasanya 4-5 yang lalu.
Pesta bertukar wajah dah kelihatan seperti ICT kat Shah Alam tu plak.. ini pandangan aku lah bukan sepenuhnya sama nk kelihatan aje... tengok aje lah picture kat sini..
Agak menarik juga rumah hantu pun tak macam dulu-dulu.. ada roller coaster mcm gondala tu duduk je dalam tu dia gerak je.. menjelajahi haunted castle itu, so tak payah nak jalan kepit2 ngan boyfriend kalau kena sergah ngan hantu.. hehe.. hantu pun tak payah risau kena tendang ngan pengunjung.. ngee.
Yang tak menarik kat pesta ni harga makanan nya tersangatlah mahal..ikut kan hati memang tak nak makan malam tu tapi dah kerana bawa budak2 ni.. kena lah makan nanti terjerit2 lak minta makanan lapar.. kami singgah makan kat salah 1 gerai di situ, order nasi ayam sepinggan RM6.00. Biasa aje, cuma ayam dia besar skit itu aje.
Friday, December 9, 2011
Aidy's Cafe Teluk Ayer Tawar Bwth
Nasi Goreng Cina milik Afiq(adik).
Jalan-jalan kali ni ke Butterworth menikmati menu yang terdapat di Cafe aidy's. Ramai sangat memperkatakan tentang kesedapan menu di sini.. jadi aku pun nak ler try gak. Terletak bersebelah dengan kem TUDM Bwth, di Teluk Ayer Tawar. Bertentang dengan kafe ni adalah Kolej Komuniti Tasek Gelugor.
Menunya menarik juga.. Aku order nasi goreng nenek, portionnya agak besar boleh makan 2 orang. Harga tak berapa mahal berpatutan dengan selera, size dan rasa.
Pantai Keracut Penang
Lepas aje keluar dari War Museum tanpa dirancang hubby kata jom kita ke Taman Negara Pulau Pinang. Masa tu dah pun 3.00 petang.. tapi tak per lah jalan-jalan punya pasal. Masa kami sampai tak berapa ramai orang kat Taman Negara tu. Kami bercadang nak sewa boat ke Pantai Keracut. Menurut pemilik boat tu kat sana ada penyu.. teruja lah anak-anak aku mendengarnya. Terus kami book sebiji boat. Sebelum itu kena register dulu di kaunter Taman Negara sama ada nak hiking, naik boat, camping dan sebagainya kerana ini adalah atas faktor keselamatan.. manalah tahukan sesat ker.. at least ada nama di daftarkan. Tiada bayaran di kenakan.. kecuali nak naik boat lah kan sebab boat ni diusahakan oleh individu di sekitar Taman Negara itu. Kami pun ambil lah sebiji boat, harganya sebiji boat RM200.00 muat Lebih kurang 10 orang. Seronoknya... tak lupa mengenakan jaket keselamatan. Suka anak-anak aku. Boat menyusuri laut pantai dan lautan menuju destinasi, kami melalui Monkey Island,muka head, Pusat Kajian USM, pulau batu penyu, pulau batu arnab dan pulau buaya. Kerana batu-batu ynag terhampar di situ memang kelihatan seperti buaya, penyu dan arnab. Dalam masa 1/2 jam kami sampai ke pantai keracut. Ada juga grup yang sedang bercamping. Kami terus ke pusat ternakan penyu.. menarik tapi dibuka sehingga jam 4.30 petang saja. Masuk percuma. Pantai ini amat bersih. Kalau bernasib baik ada penyu yang melintans. Malangnya tak dapat banyak gambar yang menarik kerana bateri kamera dah habis padam terus... sebab banyak sangat berposing masa kat War Museum tadi. Kami duduk tak lama dalam 6.30 petang kami bertolak balik seperti yang dijanji awal tadi dengan abang boat. Perlu diingatkan kurang liputan talian telefon di sekitar pulau ini. Jadi perlu berjanji pukul berapa nk balik ke Taman Negara. Haha kalau tidak tidur lah di sini.. ok itu sahaja lah untuk kali ni.. ada lagi beberapa gambar dalam handphone yang belum di upload..
okay ni dia upload dari handphone.
sempat memegang anak penyu di sana.
diatas boat
Rangka dugung
okay ni dia upload dari handphone.
sempat memegang anak penyu di sana.
diatas boat
Rangka dugung
Penang War Museum
Actually, aku memang gemar bawa anak-anak ke tempat2 yang seperti ini. Selain makan angin dan beriadah dapat juga ilmu kat kami.
Penang War Museum terletak di Batu Maung, Penang. Dioperasi oleh pihak swasta. Masa aku pergi hari tu fee yang di kenakan ialah:
Yuran Masuk : RM55.00 untuk package 2 Dewsa & 2 kanak-kanak. Package lebih murah. Tak silap aku kalau individu dewasa adalah RM25.00 seorang.
So kami ada 5 orang 3 kanak-kanak dan 2 dewasa, maka cuma tambah lagi RM10.00 untuk kanak-kanak yng seorang itu + RM2.00 untuk kamera. Perjalanan melawat war ini mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam plus berposing segala bagai itu.
Menarik dan banyak ilmu pengetahuan yng di perolehi..
Ada macam-macam benda yang boleh dilihat di sini. Jom lah melawat Penang.. jangan lupa datang ke War Museum.
Subscribe to:
Posts (Atom)