Monday, September 8, 2008

Bila balik kampung

maaf lah.. ini entries yang tertunggak sebenarnya. dah lama becadang nk update gambar dan cerita ni kat sini.. tapi selalu asyik lupa aje..


Kucing sedang sembunyi di bawah kereta,dia takut sebenarnya, tu la dia sembunyi di sini.. Angah berhajat nak bawa blik ke Penang



kucing dah keluar, tapi bersembunyi di bawah pokok kertas pulak, tak takut ke kena duri tuh... alahai kucing

Bunga yang terdapat di rumah abahku, tak tau apa namanya


yang ni aku tau, Bunga kantan!

Ayam peliharaan abah yang baru abah sembelih untuk di jadikan gulai ayam kampung oleh kami, banyak ayam abah .. satu reban.. setiap kali anak cucu balik dia msti sembelih nak bagi kami rasa ayam kampung.. tq abah.!


bunga lagi,, tpi mcm biasa tak tahu namanya

sama gak la ngan yg ni

lagi kucing ni...dia sembunyi lagi


Yang ni paling best sambal cicah dengan jambu susu.. tu ajer nama yang aku panggil dari aku kecik, ada ker nama len tuk jambu ni. huih sedap.. pecah air liur ni..drooling!

Memang seronok bila balik kampung.. bukan jauh dekat ajer.. lebih kurang 1 jam dari Penang. Keluar melalui Toll Jawi. Kali ni balik kampung abah sembelih ayam peliharaannya untuk kami. Kami buat gulai ayam kampung haritu.. abah memang macam ni, maklum lah dia sorang ja sejak arwah mak pergi pada Januari 1995. Abah terus membujang hinggalah sekarang. So kalau anak2 balik kampung mesti abah rai kan.. dan ini salah satu dari cara abah meraikan kepulangan kami..selalunya dalam sebulan lebih kurang 1-2 kali aku mesti balik bila ada kelapangan maklum lah anak2 dah sekolah..

Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa-Salam Ramadhan Al Mubarak

Keistimewaan Ramadan



Kini bulan Ramadan yang mulia kembali menjenguk kita. Inilah musim di mana amal ibadah jika dilakukan dengan penuh kekhusyukan akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah SWT. Inilah juga musim di mana pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja kerana Ramadan ialah bulan limpahan ganjaran pahala dan penuh dengan kebaikan.

Inilah bulan di mana Allah pernah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan menjadi, juga sebagai garis pemisah antara kebenaran dan kebatilan.

Ramadan, awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungya adalah pelepasan dari azab api neraka.

Di dalam hadis Nabi s.a.w telah menyatakan kelebihan bulan ini, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Apabila tibanya Ramadan maka terbukalah pintu-pintu syurga serta tertutuplah pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan digari. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa yang dimaksudkan di dalam hadis di atas dengan ‘pintu-pintu syurga dibuka’ pada bulan ini ialah kerana tawaran ganjaran yang berlipat kali ganda sebagai galakan agar meningkatkan amalan.

‘Pintu-pintu neraka pula ditutup dan syaitan digari’ adalah kerana berkurangannya maksiat di kalangan orang yang beriman di bulan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda: Diberikan kepada umatku lima kelebihan yang tidak diberikan kepada umat terdahulu, (iaitu) mulut orang yang berpuasa lebih harum baunya di sisi Allah daripada bau kasturi, para Malaikat memohon keampunan untuk mereka sehingga mereka berbuka puasa, setiap hari pula Allah sentiasa menghiasi syurga dan berfirman: Sedikit masa lagi hamba-hamba-Ku yang soleh akan terlepas dari mereka beban dan kesakitan dan mereka akan menuju ke dalammu (syurga), para syaitan pula digari dan mereka tidak mampu melakukan apa yang boleh mereka lakukan pada waktu lain, kemudian mereka semua (orang berpuasa) akan diampunkan sehingga ke akhir malam. Ditanya kepada baginda s.a.w, “Wahai Rasulullah apakah ia malam Lailatulqadar? Jawab baginda, “Tidak, tetapi orang yang beramal akan diganjari jika laksanakan amalannya”. (riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya)

Berdasarkan hadis di atas antara keistimewaan yang diberi kepada umat Nabi Muhammad SAW ialah seperti berikut:

1. Mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT dari bau kasturi. Perkataan khuluf bermaksud perubahan bau mulut apabila perut kosong. Baunya memang busuk pada orang ramai tetapi ia di sisi Allah sangat harum kerana ia adalah hasil dari melaksanakan ibadah kepada Allah.

Setiap perkara yang terhasil dari ibadah kepada Allah, ia adalah sangat disukai-Nya. Seperti orang yang mati syahid, ia dikebumikan dengan kesan darah, kerana pada hari Kiamat kelak darah itu akan mengalir dan baunya harum sebagai bukti kesyahidannya mempertahankan agama Allah.

2. Para malaikat memohon keampunan untuk mereka hingga waktu berbuka puasa. Pastinya doa para malaikat akan diperkenankan Allah SWT kerana mereka tidak pernah berbuat maksiat malah mereka sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.

Mereka diberi tugas mendoakan kaum muslimin dari kalangan umat ini yang sedang berpuasa sebagai tanda keistimewaan kedudukan umat Nabi Muhammad SAW.

3. Allah SWT menghiasi syurga-Nya setiap hari sebagai persiapan menyambut kehadiran orang yang berpuasa dan sebagai galakan agar mereka berusaha menambahkan amal ibadat di bulan ini.

Mereka juga akan dilepaskan daripada beban dan kesusahan di dunia seterusnya mudah melaksanakan segala macam ibadah.

4. Syaitan digari dengan rantai menyebabkan mereka tidak boleh mengganggu orang-orang yang soleh. Ini merupakan bantuan Allah kepada mereka di mana Ia mengurung musuh umat manusia yang mengajak mereka ke lembah neraka.

Justeru ketika datangnya Ramadan akan timbullah keinginan beribadat yang tinggi.

5. Allah mengampuni orang yang berpuasa pada setiap hujung malam di bulan ini sekiranya mereka bangun mengerjakan ibadah, bertaubat dan bermunajat kepada-Nya serta melaksanakan ibadah puasa di siang hari dengan penuh kekhusyukan.

Demikianlah ganjaran dan keistimewaan yang menanti mereka yang benar-benar menghayati amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia ini. Mudah-mudah kita termasuk di kalangan golongan yang menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kegembiraan.

Inilah kelebihan yang dijanjikan kepada umat ini yang tiada pada umat yang terdahulu. Allah berfirman: Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (ali-‘Imran: 110).

Macam-macam ada....



Almond Shortbread

Banana Muffin

Mee Goreng ku

Pulut Seri Muka Gula Merah


Milky Marble Cake





Marble Chocolate Cheese Cake


Selepas di curah ganache

Kek Coklat
Kek sebelum di curah kan ganache


Raya tahun ni Biskut Almond Shortbread ni termasuk dalam senarai baru biskut raya jualan ku selain dari Almond London dan kue bangkit P.teh ku.Senang rupanya buat shortbread ni.

Menu tengahari yang malas


Sambal tempoyak cili padi, ikan goreng, ulam bendi untuk I and encik husband dan masak kicap ayam untuk anak-anak. Selalu tu cuti-cuti masak untuk lunch jer. Petang kalau dah keluar ronda-ronda ke shopping ker alamat dinner kat luar je. Tu pasal masak lebih kurang ajer. Nanti x habis membazir plak.

IKEA




Pergi Ikea beli periuk 3 in 1 dan kuali ni. Tak silap harga dia RM39.90 kut lupa la. Kuali tu tak rasmi lagi macam sayang pulak nk guna padahal bukan nya mahal pun.Ekeke.

Brownies.. mai.. mai makan brownies

Buat brownies ni untuk makan-makan ajer.Dan ada kawan minta sample.. so saja-saja aje buat.

Dalam container

Dah siap letak dalam pinggan

masih panas dalam loyang cutter baru keluar oven

Dalam individual casing

Cuti-cuti Kelantan


Tengok orang main wau

Kedai ni jual peralatan baju uniform, tengok ler tu Afiq sempat lagi berposing

Salah satu kedai menjual game

Dihadapan kedai jual pinggan-mangkuk di Rantau Panjang


pasar Siti Khadijah.

beli keropok..

Keropok keping, serunding, budu, mace-mace ada

Afiq & Angah bersama ayah sedang memilih mana satu wau/layang-layang yang berkenan dihati