Thursday, July 1, 2010

Cup Cake smarties, bihun singapore, donut n kek buah

Cup Cake Smarties




Cup Cake smarties ni khas untuk kanak-kanak di Tadika Alina Bintang Hati. Sempena hari jadi salah seorang studentnya yg bernama Afiq. Ulang tahun yg ke5 buat Afiq.
kek dalamnya ialah moist chocolate cake. Ada yg swirl gitu aje, yg lagi satu tu lepa je ngan buttercream then letak smarties kat atas, kanak-kanak suka la.. teacher pun kata kanak-kanak suka sangat sampai teacher tak sempat nk bagi arahan.. habis jer acara menyanyi untuk birthday boy trus dia orang ngap.

Donut



donut ni plak sesaja aku buat untuk minum petang. Anak-anak suka memang lembut dan gebu nanti kalau agak-agak dah rajin skit aku update resipinya. Senang sangat nak buat donut ni semua bahan di gaul dan uli sebati pastu perap jer. Sedap sebab aku letak sedikit susu tepung.

Kek Buah

kek buah ni aku bakar sebab tu lah nampak agak kering dan garing skit.

Bihun Singapore

kegemaran budak-budak sebab tak pedas nak bagi cantik aku buat telur dadar yang nipispaastu gulung dan potong kecil and tabur jer la.

And last sekali ialah hadiah yang aku terima sempena pertandingan memasak aritu.. ekekeke.. jadi lah ok gak kan hadiahnya.