Wednesday, January 25, 2012

Penang Toys Museum

Lepas turun dari Penang Hill kami lunch di Tanjung Bungah. Perut kenyang senang hati kami meluncur laju ke arah Toys Museum yang terletak bersebelahan dengan http://copthornepenang.com/
Senang aje nak cari. Harga ticket masuk dengan Mykad holder ialah: RM10.00 untuk dewasa & RM6.00 untuk kanak-kanak. Sama seperti Penang Hills tempat ini juga diuruskan oleh pihak swasta.. Banyak juga toys kat dalam ni.. dengan hiasan dalaman kat sini ala-ala cleopatra.
Kakak kat pintu masuk ladies..gents punya pun sama gak macam ni.
Tamat lah sudah episod jalan-jalan di Penang sepanjang 2011. Walaupun bermastautin di Penang ni.. baru kali ini dapat jalan-jalan ke sini.. asyik lalu aje.. akhirnya singgah jua.. Okay, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik kat Penang yang masih belum di jelajahi.. antaranya Spice Garden http://www.tropicalspicegarden.com/,
http://www.butterfly-insect.com/ Penang Butterfly
dan juga akuarium di Batu Maung http://www.projectpenang.my/EN/page/aquarium/

Penang Hill

Dek teruja dengan perlancaran train terkini ke Penang Hill pada September 2011 yang lalu aku sendiri turut tidak melepaskan peluang menaikinya pada satu hari minggu yang lalu. Seronok sungguh! orang tak usah diceritakanlah, kebetulan time aku pergi tu cuti sempena menyambut tahun baru 2012 yang lalu.. aduh.. beratur punya la panjang akhirnya dapat gak lah tiket for 5 person (3A,2K) only RM26.00 tunjuk mykad yer..
Sepanjang perjalanan up to the hill pergi dan balik kami kena berdiri sebab train full house. Malas nak berebut2 lagipun kejap aje dah sampai ke atas bukit, rasanya tak sampai 15 minit. Cuaca memang panas hari itu tapi terasa angin sejuk yang bertiup serta sedikit berkabus.. Permandangan amat cantik sekali. Pada hari yang kami pergi tu pada malam nanti bermula jam 6.30 petang akan diadakan beberapa show sempena new year 2012. Akan diadakan pertunjukan bunga api menanti detik 12.00 t/malam 2012 di situ.. kami tak sempat lah nak tengok tak kan lah nak seharian di sini. Ada juga snake show, boleh jalan-jalan tengok flora & fauna tapi yang ini kena naik kereta mcm kat padang golf ler sbab kalau nak jalan kaki 1jam lebih baru smpai.. bayaran kereta ini RM30.00 sebuah. Ada restaurant Brown, ada hotel boleh stay kat sini gak & ada mini bird park kat tepi hotel ini.

Monday, January 16, 2012

Genting - Bukit Tinggi - Menara KL

sambungan PART II- COLMAR TROPICAL & MENARA KL -: Dari Genting kami naik semula highway menuju Bukit Tinggi, perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit tengok kelajuan lah yer.. melepasi kawasan rehat Genting Sempah akan jumpa signboard ke Bukit Tinggi. Dah sampai pun Bukit Tinggi, agak jauh juga dari jalan besar kerana resort ni betul-betul jauh kedalam.. mula-mula tu ingatkan dah sesat ler.. tapi terus juga drive sampai ler kami jumpa signboard Colmar Tropical. Ada security di pintu masuk Colmar ambil tiket di situ RM 52.00 untuk family 3D, 2 kanak-kanak. Terus jalan lagi agak-agak 1km. Wah ramainya orang walaupun time tu dah pukul 5.00pm agaknya sebab cuti kan..oh yer Colmar ni tutup pukul 6.00 yer.. Cantik tempat ni, dengan seni bina nya yang ala-ala kat oversea. Ada ramai orang yang sedang tunggu shuttle, nak pergi mana Japanese Village ke..? rabbit park..? last kami pilih rabbit park.. bukan kami yang pilih, adik yang pilih hahaha. Shuttle tu hantar dan tinggal kan pengunjung di situ, nanti dia akan datang ambil balik. Tunggu shuttle tu datang ambil, kami pun terlepas ke Japanese Village sebab dah pun tutup (closed at 6.00). Marah ler kakak dengan adik. Macam tak pernah tengok rabbit.. hahaha kerenah anak-anak.
Adik di Rabbit Farm Pose sebelum masuk 6D theatre
Dinner kat Restaurant Pelangi kat Gohtong Jaya berhampiran hotel
Colmar Tropical
Waktu senja, dah nak balik ambil shoot dari car park
kat Menara KL
Permandangan dari menara
tarian dari penari-penari di Menara KL
Haziq sedang mencuba teropong di Menara KL
Hari ke2 di Seri Malaysia kami breakfast agak awal sebab dah plan nak terus naik ke KL, kami bergerak keluar hotel dalam pukul 8.30, pagi yang sejuk dan nyaman tak berapa kabus.. kami tiba agak awal (9.15 am) KL pun masih lengang tak banyak kenderaan lagipun masih cuti umum (Krismas.) Husband berhenti kejap kat Dataran Merdeka cuma nak ambil pose je.. tapi anak2 tak berminat pulak. Then kami terus menuju ke Menara KL. Tak ramai orang lagi parking pun senang. Tiket masuk RM100.00 untuk 5 orang, kami ambil package lawatan di atas menara dan mini zoo. Husband dan anak-anak sempat lagi masuk dalam 6D nak alami pengalaman menonton dengan 6D, seorang RM18.00. Masa tu juga kebetulan ada tarian sedang di persembahkan di hadapan panggung 6D. Aku dan kakak tak msuk pun 6D, kami ni layan je la tarian tradisional yang dipersmbahkan tu khas utk pelancong. Dari menara tu pulak.. aku kata ler kat husband dah alang-alang kat sini jom kita ke IKEA.. hehehe.. dengan muka kesian.. apa lagi pecut la.. kami makan tengahari kat foodcourt RASA. boleh la nak layan tekak. Tetapi harga makanan lebih murah dari di Genting semalam. Dari IKEA terus masuk highway balik ke rumah abah di PERAK.. sepanjang perjalanan teramatlah heavy jammed, nak masuk RnR pun berebut dengan tak ada parking segala.. last kami tahan je lapar. At last kami singgah makan malam di gerai depan Maybank aje.. gerai dekat dengan rumah abah aje. TAMAT lah sudah episod Genting, Bukit Tinggi & KL.

Wednesday, January 11, 2012

Cuti-cuti Genting Highlands

Tarikh : 24 Dec 2011 Dah lama teringin nak jejak kaki ke Genting akhirnya sempena "shut down" kat tempat kerja aku maka tercapai lah sudah hajat di hati, ini pun tak dirancang dengan sempurna lagi seminggu nak pergi baru lah confirm semua hal dari hotel penginapan dan segalanya.Kami Bertolak dari Penang(Sungai Ara) masa itu jam 12.00 t/hari. Tapi singgah dulu ambil kakak & angah dari tusyen di Bayan Baru, kami naik Penang Bridge lebih kurang jam 12.30 t/hari. Terus berhenti lunch & solat di Tapah R & R, terus keluar toll Tanjung Malim pukul 4.30 petang. Caj toll Juru-Tg Malim tak silap aku RM30.70. Dari susur keluar Tg. Malim terus ke menuju Kuala Kubu baru,sebelum smpai KK Baru akan jumpa Kerling, then baru jumpa KK Baru, then akan jumpa Rasa, ni kampung ya..then seterusnya akan jumpa Batang kali, akhirnya kami smpai di Hotel Seri Malaysia jam 5.45 petang. Sepanjang perjalanan melalui jalan-jalan kampung ke Batang Kali kami bertemu dengan orang kampung yang menjual buah durian, manggis, rambutan, langsat, cempedak..etc banyak nya smpai aku rasa ada yang jual lelong buah tu. Kami tak singgah beli pun sebab memang dah janji nak smpai hotel dengan segera. Seri Malaysia pun dah extend check in kami smpai pukul 6.00 petang. Leganya dah selamat smpai. Cuaca sangat sejuk dan berkabus. Hari pun memang redup sepanjang perjalanan lagi.
Hotel kami menginap
Family Room Last minit tempah akhirnya dpat lah juga bilik ini, actually aku try gak call lain-lain hotel kat Genting tapi jawapannya fully booked. Last sekli cuma tinggal hotel ini aje yang masih kosong. Family room ni kira ok la dengan harganya RM270.00 per nite breakfast for 3 person. Lagi 2 orang anak aku tu bayar ler. Hotel ni pun memang baik hati, mereka cuma caj RM 12.00 for 2 kids. Boleh lah menu breakfastnya tak berapa menepati selera kami boleh lah nak makan.. lapik perut.. Waktu malam pertama tu kami cuma makan burger aje, ada gerai burger kat bawah hotel ni.. ada 2 kedai makan melayu, dan kedai-kedai mini market serta ada 1 ATM kalau sesak-sesak nak tekan duit. ATM ni diletakkan dalam kedai mini market. Masa kami ronda-ronda malam tu cuaca amat berkabus dan sejuk, sampai bercakap pun keluar asap.. kata angah.. hehehe. Ada orang jual strawberri, sayur-sayur, durian etc dah rasa macam kat Cameron plak..
Indoor park
Indoor park juga
Permandangan dari cable car Yeehaaah.. kami naik cable car akhirnya. Harga RM10.00 pergi balik untuk seorang, 5 orang = RM50.00. Ramai nya manusia haritu.. beratur agak panjang juga untuk menunggu masuk ke dalam cable car. Cuaca memang berkabus..dan sejuk.
Indoor lagi Tak dapat main outdoor sbab sangat berkabus dan basah.
Lucky Chair ini dalam Ripley's
Ripley's Kami pun masuk Ripley's bayaran adalah RM102.00 untuk 5 orang (3 A, 2 K).Macam-macam benda pelik ada kat dalam ni. Mula-mula nak msuk haunted castle tapi tak jadi sebab ada harga package tuk Ripley's dan istana hantu tapi dah ada yang takut pulak tu yang kami masuk Ripley's aje.
Sign board to cable car
Signboard to Genting
View dari tingkap hotel-berkabus gitu masa ni dah 6.00 petang