Friday, December 9, 2011

Aidy's Cafe Teluk Ayer Tawar Bwth

Chicken Chop kegemaran encik suami.. hmmm sedap.. jom makan
Nasi goreng pataya pilihan Haziq(angah)
Yang ni ummi yang punya. Nasi goreng nenek nama di berikan.. cubalah dulu first time ni.
Nasi Goreng Cina milik Afiq(adik). Jalan-jalan kali ni ke Butterworth menikmati menu yang terdapat di Cafe aidy's. Ramai sangat memperkatakan tentang kesedapan menu di sini.. jadi aku pun nak ler try gak. Terletak bersebelah dengan kem TUDM Bwth, di Teluk Ayer Tawar. Bertentang dengan kafe ni adalah Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Menunya menarik juga.. Aku order nasi goreng nenek, portionnya agak besar boleh makan 2 orang. Harga tak berapa mahal berpatutan dengan selera, size dan rasa.

Pantai Keracut Penang

Lepas aje keluar dari War Museum tanpa dirancang hubby kata jom kita ke Taman Negara Pulau Pinang. Masa tu dah pun 3.00 petang.. tapi tak per lah jalan-jalan punya pasal. Masa kami sampai tak berapa ramai orang kat Taman Negara tu. Kami bercadang nak sewa boat ke Pantai Keracut. Menurut pemilik boat tu kat sana ada penyu.. teruja lah anak-anak aku mendengarnya. Terus kami book sebiji boat. Sebelum itu kena register dulu di kaunter Taman Negara sama ada nak hiking, naik boat, camping dan sebagainya kerana ini adalah atas faktor keselamatan.. manalah tahukan sesat ker.. at least ada nama di daftarkan. Tiada bayaran di kenakan.. kecuali nak naik boat lah kan sebab boat ni diusahakan oleh individu di sekitar Taman Negara itu. Kami pun ambil lah sebiji boat, harganya sebiji boat RM200.00 muat Lebih kurang 10 orang. Seronoknya... tak lupa mengenakan jaket keselamatan. Suka anak-anak aku. Boat menyusuri laut pantai dan lautan menuju destinasi, kami melalui Monkey Island,muka head, Pusat Kajian USM, pulau batu penyu, pulau batu arnab dan pulau buaya. Kerana batu-batu ynag terhampar di situ memang kelihatan seperti buaya, penyu dan arnab. Dalam masa 1/2 jam kami sampai ke pantai keracut. Ada juga grup yang sedang bercamping. Kami terus ke pusat ternakan penyu.. menarik tapi dibuka sehingga jam 4.30 petang saja. Masuk percuma. Pantai ini amat bersih. Kalau bernasib baik ada penyu yang melintans. Malangnya tak dapat banyak gambar yang menarik kerana bateri kamera dah habis padam terus... sebab banyak sangat berposing masa kat War Museum tadi. Kami duduk tak lama dalam 6.30 petang kami bertolak balik seperti yang dijanji awal tadi dengan abang boat. Perlu diingatkan kurang liputan talian telefon di sekitar pulau ini. Jadi perlu berjanji pukul berapa nk balik ke Taman Negara. Haha kalau tidak tidur lah di sini.. ok itu sahaja lah untuk kali ni.. ada lagi beberapa gambar dalam handphone yang belum di upload..
okay ni dia upload dari handphone.
sempat memegang anak penyu di sana.
diatas boat
Rangka dugung

Penang War Museum

Actually, aku memang gemar bawa anak-anak ke empat2 yang seperti ini. Selain makan angin dan beriadah dapat juga ilmu kat kami. Penang War Museum terletak di Batu Maung, Penang. Dioperasi oleh pihak swasta. Masa aku pergi hari tu fee yang di kenakan ialah: Yuran Masuk : RM55.00 untuk package 2 Dewsa & 2 kanak-kanak. Package lebih murah. Tak silap aku kalau individu dewasa adalah RM25.00 seorang. So kami ada 5 orang 3 kanak-kanak dan 2 dewasa, maka cuma tambah lagi RM10.00 untuk kanak-kanak yng seorang itu + RM2.00 untuk kamera. Perjalanan melawat war ini mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam plus berposing segala bagai itu. Menarik dan banyak ilmu pengetahuan yng di perolehi.. Ada macam-macam benda yang boleh dilihat di sini. Jom lah melawat Penang.. jangan lupa datang ke War Museum.