Friday, December 9, 2011

Aidy's Cafe Teluk Ayer Tawar Bwth

Chicken Chop kegemaran encik suami.. hmmm sedap.. jom makan
Nasi goreng pataya pilihan Haziq(angah)
Yang ni ummi yang punya. Nasi goreng nenek nama di berikan.. cubalah dulu first time ni.
Nasi Goreng Cina milik Afiq(adik). Jalan-jalan kali ni ke Butterworth menikmati menu yang terdapat di Cafe aidy's. Ramai sangat memperkatakan tentang kesedapan menu di sini.. jadi aku pun nak ler try gak. Terletak bersebelah dengan kem TUDM Bwth, di Teluk Ayer Tawar. Bertentang dengan kafe ni adalah Kolej Komuniti Tasek Gelugor. Menunya menarik juga.. Aku order nasi goreng nenek, portionnya agak besar boleh makan 2 orang. Harga tak berapa mahal berpatutan dengan selera, size dan rasa.

Pantai Keracut Penang

Lepas aje keluar dari War Museum tanpa dirancang hubby kata jom kita ke Taman Negara Pulau Pinang. Masa tu dah pun 3.00 petang.. tapi tak per lah jalan-jalan punya pasal. Masa kami sampai tak berapa ramai orang kat Taman Negara tu. Kami bercadang nak sewa boat ke Pantai Keracut. Menurut pemilik boat tu kat sana ada penyu.. teruja lah anak-anak aku mendengarnya. Terus kami book sebiji boat. Sebelum itu kena register dulu di kaunter Taman Negara sama ada nak hiking, naik boat, camping dan sebagainya kerana ini adalah atas faktor keselamatan.. manalah tahukan sesat ker.. at least ada nama di daftarkan. Tiada bayaran di kenakan.. kecuali nak naik boat lah kan sebab boat ni diusahakan oleh individu di sekitar Taman Negara itu. Kami pun ambil lah sebiji boat, harganya sebiji boat RM200.00 muat Lebih kurang 10 orang. Seronoknya... tak lupa mengenakan jaket keselamatan. Suka anak-anak aku. Boat menyusuri laut pantai dan lautan menuju destinasi, kami melalui Monkey Island,muka head, Pusat Kajian USM, pulau batu penyu, pulau batu arnab dan pulau buaya. Kerana batu-batu ynag terhampar di situ memang kelihatan seperti buaya, penyu dan arnab. Dalam masa 1/2 jam kami sampai ke pantai keracut. Ada juga grup yang sedang bercamping. Kami terus ke pusat ternakan penyu.. menarik tapi dibuka sehingga jam 4.30 petang saja. Masuk percuma. Pantai ini amat bersih. Kalau bernasib baik ada penyu yang melintans. Malangnya tak dapat banyak gambar yang menarik kerana bateri kamera dah habis padam terus... sebab banyak sangat berposing masa kat War Museum tadi. Kami duduk tak lama dalam 6.30 petang kami bertolak balik seperti yang dijanji awal tadi dengan abang boat. Perlu diingatkan kurang liputan talian telefon di sekitar pulau ini. Jadi perlu berjanji pukul berapa nk balik ke Taman Negara. Haha kalau tidak tidur lah di sini.. ok itu sahaja lah untuk kali ni.. ada lagi beberapa gambar dalam handphone yang belum di upload..
okay ni dia upload dari handphone.
sempat memegang anak penyu di sana.
diatas boat
Rangka dugung

Penang War Museum

Actually, aku memang gemar bawa anak-anak ke empat2 yang seperti ini. Selain makan angin dan beriadah dapat juga ilmu kat kami. Penang War Museum terletak di Batu Maung, Penang. Dioperasi oleh pihak swasta. Masa aku pergi hari tu fee yang di kenakan ialah: Yuran Masuk : RM55.00 untuk package 2 Dewsa & 2 kanak-kanak. Package lebih murah. Tak silap aku kalau individu dewasa adalah RM25.00 seorang. So kami ada 5 orang 3 kanak-kanak dan 2 dewasa, maka cuma tambah lagi RM10.00 untuk kanak-kanak yng seorang itu + RM2.00 untuk kamera. Perjalanan melawat war ini mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam plus berposing segala bagai itu. Menarik dan banyak ilmu pengetahuan yng di perolehi.. Ada macam-macam benda yang boleh dilihat di sini. Jom lah melawat Penang.. jangan lupa datang ke War Museum.

Wednesday, July 13, 2011

Lambat bangun atau terlewat bangun

huaaaaaaaaaaaa.. hari ni TERbangun lambat aka lewat, sedar2 jam dah pun tunjuk ke nombor 6:43am. Adoi! camna bleh tak sedar ni? Oleh kerana dah terlewat cuma mampu masak air ajer untuk encik suami, sediakan bekal buat anak2 ke sekolah itu pun roti gradenia aje dan air. Nak masak nasi dan lauk untuk lunch anak2 gerenti dah tak sempat ni, nanti aku pulak yang terlewat ke tempat kerja. Dalam dok kalut tu kena juga pack brownies yang memang dah siap malam tadi. Rutin setiap pagi memang pack brownies untuk dijual di kafe.

Brownies dalam tray sebelum dipack

Wednesday, June 22, 2011

Paper Bag

Semua orang ada hobi masing-masing. Hobi aku dimasa lapang dan tak kira masa tak lapang pun dan bila berkesempatan ialah mengumpul beg membeli belah aka shopping beg.
Tak kira beg apa pun asalkan beg tu cantik aku akan buat koleksi. Lihat saja lah gambar2 kat bawah ni.. semua ni koleksi aku sejak zaman anak dara lagi. Masa ni aku start pegang duit sendiri, erti kata lain aku mula bekerja.. tiap kali pergi shopping, ke.. mana2 ker ada jer.. beg yng cantik aku simpan.. ada juga antaranya pemberian dari kawan-kawan yang tahu hobi aku ni..




Nasi Lemak.. Nasi Lemak.. Nasi Lemak

Nasi Lemak anyone?
Malaysia is famous of nasi lemak, one of Malay traditional dishes which are known from the early days. I also love nasi lemak. What make nasi lemak tastes delicious? Is it the sambal? Or the nasi itself or the way it is pack and cook. For me nasi lemak is tastes by the combination of its sambal and nasi. Fuhhh.. Cannot resist avoiding nasi lemak. Lately government have debut about selling nasi lemak at school canteen which is contributing to children obese... how true it is I dare not to say. But like others say it is not practical to banned it. Okay let's forget about those banned and etc.etc... just look at my nasi lemak here... Are they tempting you?






Surprise! Wondering why so many nasi lemak and it’s also look like to sell at mamak stall. Yes true... it is for sale at coffee stall. I am selling nasi lemak.. Don’t believe it? You have to believe it. How I did it?
Ha... I always wake up early in the morning around 5.00 am(it is usual)...start cooking coconut milk first. Meant time, while waiting the coconut milk to boil I will cook the sambal bilis. Everything is ready at night such as onion, and chili paste. I blended them before go to bed.
And my husband will came back from work around 3.30pm, so he is the one who will put the rice in the coconut milk... and cook the rice. So by the time I reach home at 5.20pm I just help him pack into banana leaf... ready!!! Nasi Lemak siap.....
Every day we just prepare for 30-40 packs.. Enough lah... just suka-suka atas permintaan orang-orang kat sini yang setia menjadi pelanggan nasi lemak aku and I sell it at RM1.20 for nasi lemak with sambal, ikan bilis goreng, kacang goreng and telur rebus cut into half.

I or me again in my blogger world

Wake up.. wake up..
I have wake up from long-long sleep and dreams and it's almost a year I have been silent and away from blogger world. This is not because I m busy but it's more to I m lazy . So many things to do, so many things to think about, to move around,etc.. etc..etc.. what a hectic day! ahh.. it is just excuses. Ha ha ha
Let us back to my actual purpose.
I wanna share some experiences and things that I did during my sleeping time in blogger.

Jalan-Jalan Kuala Lumpur
Muzium Negara
Actually we went to KL to visit my niece (my youngest brother's daughter). She is suffering from Luekimia but on the early stage. She just 3 months old!. So passing by we just wondering why not we go jalan-jalan to Muzium. My kids and nieces ( my 2nd brother doters) are always ready as they said lah.. hehe..and my kids support with the statement.. btoi la Ummi tak pernah pergi Muzium kan..? baca dalam buku teks je.. hahaha.. habis tu.. Ummi korang ni dah tua baru sampai macam mana nak jawab tu.??. hehehehe






Costume and weapons that used during colonial era.
For more information about Muzium Negara please go to the link as below.
http://www.muziumnegara.gov.my/