Monday, November 16, 2009

Kenduri Kawen Adik Bongsuku aka Acu

Meriah.. memang meriah almaklumlah ini adalah kenduri kawen anak kesayangan aka anak bongsu ayahandaku, aka abah. Cerita bermula dgan kenduri di pihak perempuan di Kuantan dan bersambung di rumah abahku di Perak.
Kendurinya di Kuantan pada 27/9/2009. ha ha ha seperti biasa kelewatan menghantar berita dari wartawan persendirian alam cyber yg malas macam aku ni. Aduh..Janji ada masuk blog.. ekekek. jangan marah yer..
Perjalanan agak jauh juga, kami bermula kira2 jam 7.00 pagi dari rumah abahku di Perak. Kami bertolak bersama 5 biji kereta. Sampai Kuantan kira-kira 4.00 petang. Kami berehat di rumah yang telah di sewa oleh acu ayen entah ler aku pun dah lupa nama tempat tu tapi memang dekat jer dengan town area. Ok juga Kuantan, first time aku sampai Kuantan nih.
Rumah pengantin perempuan dekat dengan laut, nama tempat tu Pantai Sepat. Ok.. memang cantik..walaupun kat Penang hari-hari tengok laut, tempat kerja plak sebelah laut tapi laut kat Kuantan ni kan tak sama dengan laut Penang.


gambar beramai-ramai selepas selesai akad nikah, aah.. lupa nk cerita akad nikah ni malam tu yang semua mata layu jer.. ni pun gambar selepas dinner.Tu pun ada yang dok makan lagi korum tak cukup la. Tengok Pak Lang tu (adik abahku) dah tangkap lentok, hai Pak Lang terlebih makan ker.. ekekeke


acu sapinah cium tangan tanda batal wuduk

acu pulak cium dahi sapinah lepas sarung cincin

acu sedang akad nikah, wah ada plak yang sedang rakam ni kes tak bawa camera, fuh.. masuk face book ni. ekekeke

air laut sedang surut time ni tengah tunggu pengantin lelaki bersiap

acu sedang dengar taklimat dari Tuan Kadhi

membatal air wuduk

nak bagi mas kawen plak

mas kawen dalam botol dihias serba hijau ni tema pihak perempuan.
ada lagi nih.. panjang episod cinta Acu ni... tunggu yer...
to be continued..........................

1 comment:

en_me said...

meriahnyerr uoolsss.. ehehe, salamm bro